"Pernah Give Up" - Gadis Ini Kongsi Tips Turun 13kg Hanya Dalam Masa 3 Minggu. Power!
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. :)
Berat badan ini sebenarnya isu yang sangat sensitif apabila ditanya. Lebih-lebih lagi jika anda berasa tidak selesa untuk memberitahu berat anda yang sebenar kepada orang lain.
Setiap orang mempunyai berat yang ideal, tidak kiralah sama ada perbezaannya hanya beberapa kilo dengan berat yang asal. Ianya sudah menjadi lumrah untuk seseorang berasa tidak selesa dengan berat badan mereka.
Banyak perkara yang boleh menghalang anda untuk mencapai apa yang diingini. Rahsianya anda hanya perlu banyak mencuba dan tidak pernah putus asa.
Seperti perkongsian seorang gadis di laman Twitter iaitu Sophie Talib tentang tips diet yang dilakukan sehinggalah mendapat berat badan yang diingini. Nampak macam susah, tapi sebenarnya sangatlah simple.
Sesiapa pun boleh cuba. :)
Baca perkongsian penuh di bawah:
Berat badan pada tahun 2016 adalah 63-65kg sehingga dikenali sebagai 'loner' sebab tak ada boyfriend
Tergerak hati untuk cuba diet Atkins dengan cara yang mudah dan akan buatkan anda lebih cekal ketika melakukan diet ini
Diet tersebut diteruskan sehingga mendapat berat badan yang ideal selepas kehilangan lebih kurang 13kg hanya dalam 3 minggu. Wah!
Jika anda ingin tahu bagaimana diet Atkins ini boleh membantu anda, sila Google. Banyak info yang perlu dibaca dan difahami sebelum anda mula.
Sama juga dengan makan malam, air perlu diminum dengan banyak. Syaratnya, selepas pukul 6 pm, boleh berhenti makan.
Dalam masa satu minggu, mestilah kena ada 'cheat day' di mana anda boleh makan apa sahaja yang anda idamkan. Tapi,
ada caranya iaitu...
Paling penting sekali, anda perlu kenali badan anda terlebih dahulu. Jangan dengar cakap orang dan jangan pernah putus asa.
Jadi, kuncinya jangan cepat mengalah dan jangan lupa set 'goal' sendiri untuk turunkan berapa banyak berat badan.
Easy peasy lemon squeezy ;)