seismik

Resolusi Tahun 2019 Nak Kurus? Boleh Ikuti 6 Cerita Viral Tentang Diet Terbaik Di Seismik

Ada beberapa hari lagi untuk anda pilih diet yang mana anda ingin praktik pada tahun baru nanti. :)

Cover image via SAYS Seismik

1. Intermittent Fasting oleh artis terkenal tanah air, Lisa Surihani

Image via says.com

Intermittent fasting adalah diet dengan cara mengatur pola makanan. Ibarat seperti berpuasa cuma bezanya ialah ianya hanya dalam tempoh tertentu. 

Walau bagaimanapun, diet ini membenarkan pengamalnya untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi. 

Lisa yang tampil lebih ramping ibarat anak dara setelah melahirkan anak keduanya telah memuat naik beberapa tips yang diamalkannya bagi mengurangkan berat badan. 

Menurut Lisa, tips yang diamalkannya ini walaupun berkesan buatnya namun mungkin tidak sesuai untuk orang lain.

Image via says.com

Inginkan tips penuh? Baca sini.

2. Diet rendah kalori hanya dengan tujuh langkah mudah. Senangnya!

Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan. Namun begitu, ianya sukar untuk dimiliki lebih-lebih lagi bila terdapat banyak sangat makanan yang enak-enak di luar sana. Makin payah bila wanita itu memang jenis yang suka makan!

Oleh itu, Kak Xara atau nama sebenarnya Nor Shahiera binti Raslan telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg, dari 56 kg kepada 46 kg dengan mengamalkan diet rendah kalori ini.

Ingin tahu caranya? Baca sini.

3. Diet Atkins yang memang sangat berbaloi untuk anda cuba

Diet Atkins merupakan sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Seorang pengguna Twitter @WawaShuhaimi telah berkongsikan pengalamannya mengamalkan diet Atkins yang membolehkan dia kurangkan berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun.

Ingin tahu caranya? Baca sini.

4. Turun 20 kg dalam masa satu bulan hanya dengan minum air putih. Hebat!

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.

Seorang remaja dari Filipina telah berkongsikan cara dietnya tersendiri yang sangat mudah - HANYA MINUM AIR PUTIH, dengan jumlah yang banyak.

Ingin tahu caranya? Baca sini.

5. Turun 42 kg dalam masa 8 bulan hanya dengan diet pisang

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. Namun, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.

Seorang ibu anak tiga telah berkongsikan cara dietnya tersendiri yang dinamakan 'diet pisang' di mana dia mengamalkan pemakanan 5 biji pisang sehari.

Ingin tahu caranya? Baca sini.

6. 'Lesap' 40 kg dalam masa sebulan hanya dengan menu diet yang betul

Semua orang menginginkan berat badan ideal dimana anda tidak begitu berat dan tidak begitu ringan. Pendek kata, sempurna dengan tinggi anda. Macam model gitu!

Namun begitu, ramai yang masih mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada yang langsung tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjaga rutin makan seharian sehinggakan berat badan tidak mampu untuk turun walaupun satu kilo.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Siti Rohayatul Husni Moktar yang telah berjaya hilang 40 kg dalam masa 8 bulan berkongsikan cara menjaga pemakanan dan diet yang betul.

Ingin tahu caranya? Baca sini.

Pelbagai jenis kaedah untuk anda gunakan jika ingin memiliki berat badan yang ideal. Pilih sahaja yang mana satu dan pasang niat untuk tahun baru nanti. Semoga berjaya! ;)

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel lain yang menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: