"Nak Kecilkan Peha" - Gadis Ini Kongsi Tips Turun Berat 10kg Dalam Masa Sebulan Lebih Je!
Nasi, air manis ditinggalkan selama sebulan. Banyakkan minum air dan makan sayur-sayuran.
Setiap orang mempunyai impian yang berbeza dan ingin dicapai. Tidak kiralah sama ada ianya dari segi pendidikan, kehidupan, peribadi dan sebagainya.
Tidak kiralah sebesar atau sekecil mana pun impian anda itu, pasti anda mempunyai keinginan untuk menjadikannya realiti.
Inilah masanya untuk anda memikirkan sesuatu yang lebih ke hadapan dan memastikan bahawa apa jua yang anda lakukan bakal membuahkan hasil yang memuaskan.
Paling penting, yakin pada diri sendiri dan tidak mudah untuk mengalah.
Seperti perkongsian seorang gadis di laman Twitter @AnneAsyikin tentang impiannya untuk mengurangkan berat badan dan mengecilkan bahagian peha.
Eh, bukan senang tau! Kena disiplin habis.
Diet yang dilakukan tidaklah selama yang disangka. Hanya mengambil masa sebulan lebih untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang diimpikan.
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 5 ribu retweets dan 7 ribu likes di laman Twitter. Baca tips penuh di bawah:
Hilang 10kg dalam masa sebulan lebih bermula pertengahan bulan Februari sehingga awal bulan April. Ini tips diet yang dipraktik:
BAHASA:
Tips diet yang digunakan adalah:
- Tiada pengambilan nasi selama sebulan
- Tiada pengambilan air manis
- Pengambilan sayur-sayuran dilebihkan dan tidak lupa juga untuk banyakkan minum air
Makan pagi: Bijirin dan pisang
Makan tengahari: Sayur-sayuran dan dada ayam
Makan malam: Epal hijau dan air masak
Motivasi yang membuatkan gadis ini berjaya mencapai apa yang diingini adalah impiannya untuk memakai kasut but kegemarannya
BAHASA:
Motivasi utama saya ialah saya selalu membayangkan diri saya memakai kasut tinggi berjenama Steve Madden. Saya memang dari dulu nk kecilkan paha. Jadi, dari 80kg dan sekarang dah 70kg. Tapi target saya adalah 65kg. 5 kg sahaja lagi! Jika saya boleh melakukannya, begitu juga anda. Goodluck semua!
Gadis ini juga turut menyediakan pelan senaman untuk memudahkan dirinya dan membakarkan lagi semangat untuk bersenam. Terbaik!
BAHASA:
Saya mempunyai pelan senaman saya tersendiri. Saya memuat naik aplikasi ini: Nike Training Club dan Nike Run Club. Aplikasi ini turut membantu saya untuk mengesan progress saya ketika berlari, kalori dan lain-lain.
BAHASA:
Setiap pagi, saya melakukan yoga ringan dan setiap malam saya berlari 5km. 3 hari sebelum hari konvokesyen saya, saya berlari 10km setiap malam.
Larian paling jauh: 21.2 km dalam masa 2 jam 36 minit. Larian itu adalah yang pertama dan terakhir, hahahaha! Anda boleh mendengar playlist saya di Spotify: anastasiaasyikin.