seismik

"Sampai Bila Nak Jadi Gemuk?" - Gadis Ini Bongkar Tips Turun Berat Lebih 30kg. Power Beb!

"Penatlah jadi gemuk." Itulah ayat motivasi yang membuatkan dia berjaya mendapat berat badan ideal sehingga kini.

Cover image via Twitter @__syarmine

"Jealousnya tengok orang lain pakai baju cantik-cantik... Hmmmm..."

Pernah tak ada perasaan macam itu? Berat badan semakin menaik sebab tak jaga makan, kurang bersenam, kurang minum air masak dan sebagainya.

Memang betul, setiap orang mempunyai berat badan ideal yang ingin dicapai. Tapi berjaya atau tidak?

Semua itu terserah kepada tuan punya badan. Jika anda sentiasa beristiqamah dan mampu untuk berdisiplin, berjayalah capai berat yang diingini. Konsep yang simple sahaja.

Image via Rebloggy

Dapat turun 5kg dalam masa sebulan pun dah kira kejayaan besar. Kuncinya - disiplin. Itu sahaja.

Seperti perkongsian seorang gadis di laman Twitter @__syarmine tentang tips-tips terbaik yang dilakukan selama perjalanannya untuk menurunkan berat badan. Memang nampak perbezaan ketara!

Perkongsian tersebut juga telah meraih lebih 15 ribu retweets dan 26 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Ternyata ramai juga pengguna twitter lain turut bertanyakan tentang tips yang dilakukan sehingga mendapatkan hasil yang begitu memuaskan ini.

Bila tengok balik, memang tak sangka dia boleh turun berat sebanyak ini. Tips yang digunakan pun tidaklah sesukar yang difikirkan.

Baca perkongsian penuh di bawah:

NOTA: Penurunan berat badan kerana 'heartbreak' yang dimaksudkan bukanlah atas sebab putus cinta. Gadis ini menjelaskan sendiri bahawa 'heartbreak' yang dikatakan adalah lebih kepada give up dengan diri sendiri sebab berat badan yang makin naik dan penat dengan keadaan dirinya itu.

Berjaya hilang lebih kurang 30kg.

Pecahan diberikan kepada satu tahun yang pertama di mana dia berjaya menurunkan 12kg namun tidak konsisten. Baki 20kg lagi berjaya diturunkan dalam masa 5 bulan seterusnya.

Di bawah merupakan tips terbaik yang simple untuk anda semua praktik:

"Penatlah jadi gemuk, nak juga pakai baju cantik-cantik seperti orang lain...."

Ini pula tips yang dilakukan olehnya pada 5 bulan lalu. Paling penting, sentiasa istiqamah dan percaya pada diri sendiri. Jangan pernah give up!

Untuk pengetahuan anda, gadis ini juga tidak melakukan apa-apa penyediaan makanan (meal prep) sihat seperti yang sering dilakukan oleh orang lain.

Namun, jika anda perlukan penyediaan makanan untuk mengajar dan mendisiplinkan diri anda untuk mengawal cara pemakanan dan jenis makanan yang diambil, anda boleh buat sendiri meal prep mengikut citarasa masing-masing.

Alhamdulillah, berkat usaha dan disiplin diri sendiri memberikan hasil yang memuaskan. Dapat juga tangkap gambar cantik-cantik, pakai baju lawa dan lebih confident dengan diri sendiri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel menarik lain tentang berat badan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: