"Istiqamah, Disiplin Tinggi" - Transformasi Berat Badan Dua Beradik Ini Buat Ramai Teruja
Bukan proses yang singkat ya.
Pernah tak anda cuba untuk turunkan berat badan namun gagal? Bukan gagal sebab apa, sebab tak mampu untuk melawan nafsu makan yang membuak-buak sehingga menyebabkan pengambilan secara berlebihan.
Hakikatnya, nafsu makan merupakan nafsu yang paling sukar untuk dilawan. Jika anda tidak meletakkan satu had pengambilan makanan untuk diri sendiri, memang anda akan mudah gagal dalam misi ini.
Misi mengurangkan berat badan sememangnya tidaklah begitu sukar seperti yang disangka, cuma ianya terletak kepada diri anda. Sama ada anda inginkan proses itu menjadi cepat atau lambat.
Yang penting, letak target!
Seperti kisah seorang wanita di laman Twitter yang telah berkongsi hasil transformasi mendadak yang dipraktik olehnya dan juga adik perempuannya. Power!
Baca perkongsian dan tips penuh di bawah:
Ianya bukanlah perjalanan yang singkat kerana sehingga kini masih belum mendapat berat badan ideal yang diimpikan
Enam bulan pertama memang kena kuatkan diri untuk tinggalkan makanan yang boleh menyebabkan berat badan naik secara mendadak
Yang penting, sentiasa sabar dan istiqamah. Ianya bukan mudah, tapi anda perlu percaya pada diri sendiri bahawa anda mampu untuk melakukannya.
Sumber: Twitter @Kuntum__