Berjaya Hilang 10KG Dengan Mudah, Gadis Kongsi Tips Diet Sihat Sepanjang Bulan Ramadan!
Jangan makin naik badan sudah bulan Ramadan ini.
Puasa kan sebulan, apa kata kita amalkan terus amalan diet pada bulan Ramadan?
Selain daripada meningkatkan amal ibadah, bulan puasa adalah bulan yang paling tepat untuk kita semua menjaga pengambilan makanan.
Iyalah, maksud puasa itu sahaja adalah menahan diri. Di samping menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, kita juga disarankan untuk menahan diri daripada bersikap boros dan tamak ketika menjamu juadah berbuka.
Mengamalkan diet pada bulan Ramadan membolehkan kita untuk menjimatkan wang, selain badan kita juga akan terasa lebih sihat.
Pada masa yang sama, bila sudah tibanya hari Raya, bukan sahaja boleh nampak dengan ketara perbezaan saiz badan tetapi kita juga boleh mengenakan pakaian yang diidam-idamkan pada hari tersebut!
Seorang gadis bernama Wani telah berkongsikan tips dietnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 10KG sepanjang Ramadan tahun-tahun sebelum ini
Dalam sebuah posting di laman Facebook, Wani telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan bermula dari menu sahur, menu berbuka, termasuklah sekali dengan menu moreh di samping tips-tips lain yang membantunya mengurangkan berat badan.
Usaha yang dilakukan Wani itu sebenarnya bertujuan supaya membolehkan dia memakai pakaian yang diinginkannya menjelang hari lebaran.
Baca perkongsiannya di bawah:
Wani berjaya turunkan berat 10kg tahun lepas dan tahun ini Wani nak turunkan lagi 4kg. Raya nanti boleh lah pakai kebaya merah size XS.
So Wani nak share tips dan cara Wani diet sepanjang bulan puasa ini:
Sahur (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian).
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ini boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing-masing.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWN RICE.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya Wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan Mila Coklat Slym, itu je.
Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam Mila Coklat Slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian Wani. Kalori dalam Mila Coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah
Berbuka Puasa.
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah guys kena ikut pahala lebih).
2. Wani akan minum secawan Mila Coklat supaya Wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ini memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk-lauk ini dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk-sejuk letak la dalam peti ais.
6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda-benda manis semua Wani elakkan kecuali kurma je Wani ambil.
Moreh (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah-buahan. Buah favourite Wani adalah tembikai dan limau
3. Minum teh detox (takda gula guys, apa-apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah-kuahnya okey.
Biasanya Wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi Wani nak bagi tips juga untuk rujukan lain kot lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minit setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
Share jika bermanfaat.
-Wani Mustafa-