makan

5 Tips Penting & Mudah Untuk Mengurangkan Pembaziran Makanan Pada Bulan Ramadan. Simple!

Sebanyak 270,000 tan makanan yang 'belum diusik' telah dibuang setiap bulan Ramadan.

Cover image via imgur.com

Setelah seharian berpuasa, anda pasti menjadi rambang mata apabila berhadapan dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Kesemuanya nampak sedap-sedap belaka!

Image via giphy.com

Pada bulan Ramadan, memang mudah sekali untuk membeli makanan dalam jumlah yang berlebihan kerana kita terlalu mengikutkan nafsu lapar. Tetapi bukankah membazir itu merupakan amalan syaitan?

Menurut data yang dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), sebanyak 270,000 tan makanan telah dibazirkan pada bulan Ramadan setiap tahun. Memang sangat mengejutkan! 

Hanya dengan beberapa cara yang mudah ini, anda boleh mengamalkan sifat bersederhana pada bulan Ramadan yang akan datang.

Tips 1: Masak di rumah

Image via dekoruma

Kebanyakan pembaziran makanan terjadi kerana sifat tamak haloba di bufet dan restoran. Oleh itu, anda boleh mengurangkan pembaziran makanan dengan memasak di rumah. 

Pastikan anda merancang menu masakan untuk seminggu dan menyenaraikan bahan-bahan dapur yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Untuk mengurangkan pembelian mengikut nafsu, elakkan dari membeli bahan-bahan dapur ketika anda lapar.

Tips 2: Simpan lebihan makanan dengan elok

Image via limaumanis

Jika lebihan makanan tidak disimpan dengan elok, pasti akan menjadi basi dan dibuang. Sangat membazir, bukan? Perkara ini boleh dielak jika makanan lebihan disimpan dengan baik.

Makanan-makanan yang berlebihan sewajarnya dibekukan di dalam bekas yang ditutup rapat dan apabila sudah tiba masa untuk dimakan, boleh dinyahbekukan mengguna ketuhar gelombang atau dimasak semula. Jimat masa dan tenaga anda! Pastikan makanan yang disimpan sudah disejukkan pada suhu bilik kerana wap boleh menyebabkan makanan menjadi basi. 

Tips 3: Rancang pembelian sebelum ke bazar Ramadan

Image via starproperty

Jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak, bazar Ramadan sememangnya pilihan yang terbaik untuk anda. 

Walau bagaimanapun, pastikan anda merancang pembelian anda terlebih dahulu dan hanya membawa jumlah wang yang mencukupi. Contohnya, hadkan diri anda kepada RM10 sehari sahaja dengan membeli tidak lebih dari sejenis makanan berat dan sejenis kuih-muih. 

Tips 4: Sedekahkan makanan yang belum disentuh kepada masjid

Image via utusan

Kalau anda tidak pasti sama ada makanan akan tahan lama di peti sejuk atau tidak, maka lebih baik jika disedekahkan ke masjid untuk sesi moreh. Anda bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran, malah anda juga boleh melaksanakan amal jariah pada bulan Ramadan yang mulia. 

Tips 5: Masak semula makanan lebihan

Image via petuaibu

Makanan lebihan pada waktu berbuka puasa juga boleh dimasak semula ataupun dimakan pada waktu sahur. Contohnya, lebihan ayam boleh dicarik-carikkan dan dijadikan sup ayam dan lebihan nasi pula boleh dijadikan nasi goreng.

Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk memikir menu pada waktu sahur. Makanan lebihan yang dibeku juga masih elok untuk dihidangkan sewaktu buka puasa. Dengan cara ini, anda akan mempunyai lebih banyak variety lauk dan tidak menjadi bosan memakan makanan yang sama.

Dengan mengetahui tips-tips ini, anda bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran malah anda juga boleh menjimatkan duit di samping melakukan amal jariah.

Anda ada tips-tips yang lain? Kongsikan dengan kami di bahagian komen di bawah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi tips-tips bulan Ramadan di sini:

You may be interested in: