makan

Dengan Bajet Bawah RM300, Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Lauk Mentah Untuk 3 Minggu. Nice!

NOTA: Bajet yang diperlukan mengikut keperluan individu. Perkongsian ini adalah berdasarkan bajet untuk tiga orang. Jika ramai, mungkin kos akan lebih.

Cover image via Naeamah Balqis / Facebook

Bulan puasa bakal kunjung tiba, ibu-ibu yang bekerja di luar sana pastinya mempunyai perancangan dan jadual yang lebih rapi untuk memastikan anda ada masa untuk memasak buat keluarga bukan?

Image via Vulture

Tidak dinafikan, memang ianya akan menjadi lebih sukar. Namun sebagai seorang wanita dan ibu yang bekerja, ia bukannya alasan untuk anda tidak meluangkan masa buat keluarga anda. Lebih-lebih lagi menyediakan juadah berbuka puasa buat mereka.

Tapi dengan cara yang betul, anda boleh menggunakan masa yang ada pada hujung minggu untuk menyediakan segala kelengkapan masakan terlebih dahulu. Prep segala bahan-bahan mentah dan sayur-sayuran, bila nak digunakan nanti anda cuma ambil sahaja. Portion juga boleh diagihkan terus. Supaya tidak membazir.

Kan lebih senang dengan cara ini.

Image via Giphy

Yang penting sekali, pastikan portion bahan mentah yang anda prep itu cukup untuk bilangan ahli keluarga anda.

Jangan terlebih dan jangan terkurang.

Seperti perkongsian seorang wanita Naeamah Balqis tentang teknik terbaik prep stok bahan mentah dan sayur-sayuran untuk 3 minggu dengan bajet bawah RM300. Memang terbaik!

Ibu-ibu bekerja di luar sana boleh cuba teknik ini. Memang menjimatkan duit, masa dan kerja anda akan menjadi lebih senang. Boleh prep semua bahan masakan terlebih dahulu, nak masak ambil je. Wah, mudahnya!

Perancangan awal bagi menyimpan stok bahan mentah dan sayur-sayuran bulan April 2019 untuk tiga minggu. Pertama sekali, sediakan bekas yang cukup untuk memasukkan semua bahan masakan.

Bagaimana cara untuk simpan lauk mentah menggunakan cara yang lebih mudah dan menjimatkan?

Ini pula merupakan cara simpan sayur-sayuran menggunakan teknik yang sama. Memang akan memudahkan kerja memasak.

Ramai yang tertanya, berapa bajet bahan mentah dan juga sayur-sayuran yang dibeli untuk hampir satu bulan ini? Di bawah merupakan perincian kos yang dibuat:

Bahan mentah:

Udang - RM 25.00 (1.474 kg)
Sotong - RM 66.00 (3.304 kg)
Ikan Tenggiri - RM 47.00 (2.136 kg)
Ayam - RM 13.00 (sekor)
Ayam pencen - RM 20.00 (2 ekor)
Ikan lolong - RM 13.00
Isi udang - RM 12

Jumlah = RM 196.00 (Lauk)

RM 47.00 (sayur - cili hijau + cili api merah + ubi kentang + kobis unggu + serai + tomato + kacang panjang + daun ketumbar + halia + lobak + pak choy + cili benggala + + terung + salad + bawang merah + bawang putih).

Bajet bergantung kepada keperluan individu...saya bertiga...Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..

Saya bukan nak tunjuk bajet saya....saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak...dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya...

Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni...saya dah kahwin 15 tahun....baru kawin dulu peti kecik jer...tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik...cuma tak letak air la bila letak dlm plastik...cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang...tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.

Bekas yang digunakan boleh didapati di Mr DIY, murah pun murah! Oh ya, di Kedai Eco RM2 pun ada. Tak perlu mahal-mahal. Nak simpan lauk aje.

Hasilnya, taraaa! Memang terliur habis tengok semua masakan ini!

Jom cuba? :)

Percayalah, bulan puasa nanti masa anda akan lebih jimat jika anda menggunakan cara ini untuk prep bahan masakan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah bersedia untuk bertemu Ramadan? ;)

You may be interested in: