Lelaki Ini Berjaya Turun Berat 30kg Dalam Masa 3 Bulan Ketika Cuti Sem Tanpa Trainer!
Dia hanya buat dua benda sahaja iaitu jaga 'calories intake' setiap hari dan juga bersenam. Mudah, bukan?
Sampai bila nak jadi gemuk?
Berikut merupakan persoalan normal dan sering bermain di minda seseorang jika mereka gagal untuk menurunkan berat badan.
Memang benar.
Perasaan seperti itu akan kerap bermain di fikiran. Tapi pernahkah anda tahu, jika anda sendiri kurang bersenam, tidak menjaga makan, kurang minum air masak dan sebagainya, ia akan membuatkan berat badan semakin naik dengan lebih cepat.
Sebab itulah semuanya terserah kepada tuan punya badan untuk mengawal pemakanan sendiri.
Seperti seorang lelaki di laman Twitter @shmlzm yang baru sahaja berkongsi bagaimana dia 'menyingkirkan' 31kg dalam masa 67 hari dengan cara mengawal pemakanan sahaja
Siapa sangka, lelaki ini berjaya mendapatkan berat badan ideal ketika cuti semester pengajian diploma. Daripada tidak buat apa-apa, aktiviti seperti ini lebih berfaedah. Sekurang-kurangnya anda tidak membuang masa ketika cuti, bukan?
Ingin tahu bagaimana caranya? Lihat perkongsian penuh di bawah:
Dia berkongsi tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan dia akui bahawa tidak semestinya caranya itu betul atau salah
Pada tahun 2008 beratnya adalah 90kg. Baju yang dipakai pula memang perlu saiz yang besar iaitu XL, itupun masih ketat di bahagian perut.
Dari 90kg ke 59kg dalam masa tiga bulan ketika cuti semester!
Paling menarik, dia juga menjelaskan bahawa dia makan semua benda temasuk nasi, makanan segera (fast food), makanan manis dan sebagainya.
Masalahnya, bukan sahaja berjaya turun berat, tapi terbabas pula berat ideal yang diingini. Sampai terpaksa pakai baju saiz XS!
Bukan sahaja badan semakin kurus, malah kulitnya juga bertambah cerah!
Menurutnya, nak makan apa-apa pun boleh TAPI kena semak terlebih dahulu berapa jumlah kalori makanan yang diambil
Bukan setakat dirinya berjaya turunkan berat badan, malah dia juga ada membantu beberapa orang untuk kurus!
Di bawah merupakan tips berguna untuk dikongsi bersama buat mereka yang ingin mengurangkan berat badan:
Paling penting, percaya pada diri sendiri
Kalau anda jenis yang sukakan makanan segera (fast food), boleh makan tapi bukanlah sekerap yang sebelumnya. Cuba untuk makan sekali atau dua kali seminggu.