seismik

"Honey From China?" - Zayn Malik Dedah Sentiasa Bawa Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Dalam Beg

Alahai, yakinnya kamu Zayn.

Cover image via @zayntour (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah rakaman sesi temubual bekas penyanyi One Direction, Zayn Malik baru-baru ini telah mencuri tumpuan netizen di Malaysia selepas dia berkongsi sejenis 'madu' yang sering diminumnya

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik di akaun TikTok @zayntour, kelihatan Zayn berkongsi rutinnya untuk menjaga suara.

Menurutnya, dia mengamalkan 'madu' dari China sambil menunjukkan kepada kamera. Namun ia merupakan ubat batuk yang berasal dari Hong Kong dan Taiwan. Tetapi, ia popular di Malaysia dengan versi ubat batuk Cap Ibu dan Anak.

"Ini seperti madu dari China yang mana ia sangat bagus untuk penjagaan pita suara. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa. Saya bawa ni ke mana saya pergi terutama untuk bernyanyi, campurkan dengan sedikit air," katanya.

Susulan tularnya video tersebut, netizen Malaysia turut meninggalkan komen buat Zayn

Lihat video itu di bawah:

Sales ubat batuk Cap Ibu & Anak 'mencanak' naiklah lepas ini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: