Hot Wheels Stunt Show 2027 Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Tahun Hadapan
Pengumuman tersebut menyusuli selepas permintaan tinggi terhadap acara Monster Trucks bagi tahun 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat para peminat Hot Wheels di Malaysia, keseronokan tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini!
Hot Wheels Stunt Show secara rasminya akan datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2027, di mana pengumuman telah dibuat semasa pertunjukan Hot Wheels Monster Trucks Live yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Pengumuman tersebut menyusuli selepas permintaan tinggi terhadap acara Monster Trucks bagi tahun 2026, yang mendorong pihak penganjur untuk menambah lebih banyak sesi persembahan ke dalam jadual. Hasilnya, sebanyak lima sesi persembahan telah diadakan di Kuala Lumpur.

Acara ini juga melakar sejarah dengan mencatatkan jualan tiket tertinggi dalam tempoh sehari sepanjang sejarah Hot Wheels Monster Trucks Live, dengan 21,000 tiket terjual pada hari pembukaannya.
Melihat kepada sambutan, boleh dikatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah bersedia sepenuhnya untuk menikmati sebuah lagi sajian hiburan yang penuh dengan aksi berintensiti tinggi.

Berbeza dengan pertunjukan Monster Trucks Live, yang menampilkan trak gergasi meremukkan kereta dan melakukan aksi lompatan, Hot Wheels Stunt Show 'menghidupkan' kereta mainan ikonik jenama tersebut pada skala yang jauh lebih besar
Para peminat boleh menjangkakan kehadiran kenderaan Hot Wheels bersaiz sebenar, aksi 'drifting' berkelajuan tinggi, lompatan berani melalui tanjakan, serta aksi akrobatik menggunakan kenderaan beroda dua dan empat yang dipersembahkan oleh pemandu aksi profesional.
Salah satu tarikan utama pertunjukan ini ialah gelung setinggi 45 kaki, yang menghidupkan pengalaman trek klasik Hot Wheels menggunakan kereta dan pemandu sebenar.




Walaupun perincian mengenai Hot Wheels Stunt Show 2027, termasuk tarikh, lokasi, dan harga tiketnya masih belum diumumkan, para peminat boleh menantikan satu lagi pengalaman secara langsung yang mengujakan daripada jenama kereta mainan ikonik ini.
Nantikan perkembangan lanjut mengenai acara yang bakal berlangsung ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via