Hotel Dekat Sepang Semua Penuh Sebab F1? Ini Lokasi Lain Yang Anda Boleh Inap

Banyak lagi tempat boleh pergi!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hotel-hotel di sekitar Sepang sebahagian besarnya telah mendapat tempahan sepenuhnya menjelang Grand Prix Formula 1 Bahrain

Hotel-hotel terkemuka bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti BRIX KLIA By Pinetree, Mtree Hotel Nilai, The youniQ Hotel, Tune Hotel KLIA-KLIA2, Holiday Inn Sepang Airport By IHG, Mövenpick Hotel dan ibis Styles Sepang telah habis dijual untuk acara tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober.

Difahamkan, terdapat juga tempahan hotel di Sepang yang bukan sahaja dibatalkan, malah bilik yang sama telah disenaraikan semula pada harga hampir dua kali ganda harga asal selepas perlumbaan itu secara rasmi diumumkan.

Kebanyakan hotel butik yang terletak di lot kedai berdekatan juga semakin kekurangan bilik yang tersedia, manakala penginapan tepi pantai yang popular seperti Sepang Gold Coast Resort mempunyai ketersediaan yang terhad.

Jika anda tidak kisah untuk bergerak lebih jauh, berikut adalah empat destinasi berdekatan di mana anda masih boleh menemui penginapan sambil menikmati akses yang agak mudah untuk ke litar.

SAYS.com
Image via Ahmad Yusni/AFP via New Straits Times

1. Port Dickson

Port Dickson terletak kira-kira 50 minit jarak pemanduan dari Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Lokasi di pesisir pantai ini menempatkan beberapa tarikan tepi pantai dan tempat makan, termasuk PD Waterfront.

Penginapan tersedia secara meluas, dengan pilihan daripada resort tepi pantai yang berpatutan hinggalah hotel mewah. Antara hotel pilihan ramai adalah:

  • Pacific Regency Beach Resort (4 bintang): dari RM238
  • Avillion Port Dickson (4 bintang): dari RM249
  • Villea Port Dickson (4 bintang): dari RM294
  • Tasik Villa International Resort (5 bintang): dari RM286
  • Thistle Port Dickson Resort (5 bintang): dari RM298
  • Grand Lexis Port Dickson (5 bintang): dari RM351

*Harga mungkin berbeza bergantung pada platform tempahan.

SAYS.com
Grand Lexis Port Dickson.Image via Grand Lexis Port Dickson
SAYS.com
Grand Lexis Port Dickson.Image via Grand Lexis Port Dickson

2. Nilai

Hanya 20 minit jarak pemanduan, Nilai merupakan sebuah pekan di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Pekan ini menawarkan pelbagai tarikan, termasuk padang golf, pusat membeli-belah dan Dataran Nilai, sebuah dataran awam yang luas yang popular untuk berjalan-jalan pada waktu petang, bersantai dan bersiar-siar bersama keluarga.

Beberapa hotel terkenal di Nilai adalah seperti:

  • Mtree Hotel Nilai (3 bintang): dari RM131.56
  • Le'genda Hotel (3 bintang): dari RM152
  • Le'venue Hotel (4 bintang): dari RM191.50
  • Nilai Springs Resort Hotel (4 bintang): dari RM342

*Harga mungkin berbeza bergantung pada platform tempahan.

SAYS.com
Nilai Springs Resort Hotel.Image via Nilai Springs
SAYS.com
Le'venue Hotel.Image via Agoda

3. Morib/Banting

Jika anda mencari bandar mempunyai pantai yang lebih tenang, Banting adalah pilihan yang bagus. Terletak di Pantai Morib, ia terletak kira-kira 50 minit jarak pemanduan dari Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Kawasan ini juga berdekatan dengan SplashMania, sebuah taman tema air bertemakan hutan hujan tropika seluas 18 ekar di Gamuda Cov, sesuai untuk mereka yang bergerak bersama keluarga.

Berikut adalah beberapa hotel yang boleh anda pilih:

  • Gold Coast Morib Resort bintang (3 bintang): dari RM102
  • ASAI Gamuda Cove (3 bintang)
  • Tadom Hill Resorts (3 bintang): dari RM328 (empat orang sebilik)
  • Villea Morib (3 bintang): dari RM223
  • Amverton Cove Golf & Island Resort (4 bintang): dari RM378

*Harga mungkin berbeza bergantung pada platform tempahan.

SAYS.com
Amverton Cove Golf & Island Resort.Image via Amverton
SAYS.com
Villea Morib.Image via Agoda

4. Seremban

Kira-kira 45 minit jarak pemanduan dari litar, ibu negeri Negeri Sembilan ini sememangnya terkenal sebagai lokasi tumpuan pengunjung.

Daripada muzium, kuil dan tasik yang indah hinggalah ladang burung unta dan laluan mendaki di Gunung Angsi dan Gunung Berembun, bandar ini menawarkan keseimbangan kemudahan bandar dan tarikan luar.

Seremban juga menempatkan pelbagai jenis penginapan, termasuk pusat peranginan di lereng bukit dan hotel mewah yang menawarkan penginapan yang lebih mewah dan tenang.

Berikut adalah beberapa hotel terkenal yang boleh dipertimbangkan:

  • Deserenity Exclusive Jungle Resort Seremban (3 bintang): dari RM548
  • Spyder Hill (3 bintang): dari RM540
  • Arena Premier Hotel (3 bintang): dari RM227
  • Royale Chulan Seremban (4 bintang): dari RM308
  • Millennia Village Resort Seremban (4 bintang): dari RM261

*Harga mungkin berbeza bergantung pada platform tempahan.

SAYS.com
Deserenity Exclusive Jungle Resort Seremban.Image via Agoda
SAYS.com
Spyder Hill.Image via Expedia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: