seismik

Hutan Rekreasi Gunung Belumut Ditutup Kerana Serangan Kencing Tikus

Dua kanak-kanak disahkan terkena jangkitan tersebut.

Cover image via wp.com

Hutan Rekreasi Gunung Belumut ditutup sepenuhnya selepas dua adik-beradik disahkan menghidap penyakit leptospirosis

Pada 16 Febuari lalu, dua beradik bermandi-manda di Hutan Rekreasi Gunung Belumut, Kluang telahpun disahkan terkena jangkitan kencing tikus. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, kedua kanak-kanak tersebut berumur lima dan tujuh tahun tersebut beriadah bersama rakan dan keluarga di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Maklumat Johor, Datuk Ayub Rahmat menyatakan penutupan itu bertujuan untuk menyiasat perihal tersebut

Menurutnya lagi, selain daripada memasang perangkap tikus, gotong-royong juga akan diadakan bagi tujuan pembersihan. 

Dia juga menambah, papan tanda amaran juga telah diletakkan oleh Kementerian Kesihatan Negeri Johor di sekitar kawasan hutan rekreasi tersebut bagi mengelakkan pengunjung terkena wabak yang sama.

"Memandangkan kawasan rekreasi ini tidak mempunyai bekalan air bersih, risiko mendapat jangkitan gastroenteritis adalah tinggi."

"Tidak ada kemudahan tempat mandi selepas berenang di sungai juga meningkatkan risiko jangkitan melalui kulit, seperti leptospirosis dan lain-lain. Selaras dengan ini, kawasan itu ditutup dari 19 Mac," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sembilan lagi keluarga dan rakan mangsa juga menunjukkan simptom yang sama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca mengenai penyakit gastrik:

Vaksin HPV untuk wanita secara PERCUMA:

You may be interested in: