seismik

Ibu Bapa Beri Nama Anak ‘Alhamdulillah Rezeki Hari Ini’ Dedah Sebab Di Sebalik Nama Itu

Panjang kisahnya.

Cover image via google

Sudah menjadi satu trend hari ini untuk memberi nama unik kepada anak. Ada yang sampai tergeliat lidah nak menyebutnya!

Bukan itu sahaja, ada juga ibu bapa yang suka memberi nama panjang kepada anak melebihi 80 aksara. Sudahnya nanti, mereka juga yang mengeluh apabila nak menulis nama anak di buku sekolah.

Melihatkan trend yang semakin 'membimbangkan' ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa memberi nama yang panjang sehingga melebihi 80 aksara.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim, berkata 80 aksara itu turut merangkumi nama bapa, bin atau binti serta simbol seperti koma dan sebagainya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Terbaru, seorang bayi viral di Indonesia kerana diberi nama yang unik oleh ibu bapanya iaitu Alhamdulillah Rezeki Hari Ini

Bayi itu berasal dari Bansul, Yogyakarta dan merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Didit Saputro dan Meidiana dan dilahirkan pada September 2019.

Memetik Tribune News, pasangan itu mempunyai sebab yang tersendiri memberikan nama yang unik itu kepada anak pertama mereka. 

Alhamdulillah Rezeki Hari Ini bersama bapa, Didit Saputro

Image via Google

Menurut Didit, dia mempunyai harapan yang besar supaya anaknya membesar menjadi manusia yang bersyukur

Image via Google

"Saya pernah menjadi manusia yang kurang bersyukur, kehidupan saya dahulu boleh dikatakan mewah kerana bekerja sebagai seorang jurufoto dan memperolehi bayaran yang lumayan. 

"Pada tahun 2014, ketika perkahwinan saya memasuki tahun kedua, saya diserang penyakit strok hingga menyukarkan saya untuk menggerakkan kaki dan tangan. Dalam keadaan sakit itu, saya mendapat tawaran kerja dengan bayaran lumayan daripada seorang lelaki di Bali.

"Pada mulanya saya menyangka bahawa lelaki itu adalah orang kaya. Saya terkejut saat melihat kehidupannnya yang bersederhana. Malah, lelaki itu juga terpaksa menggadaikan tanah milik keluarganya untuk membayar saya. 

"Melihatkan cara kehidupan lelaki itu membuatkan saya insaf serta mula belajar bersyukur tentang kehidupan. Perkara lain yang buat saya pelik apabila kaki dan tangan saya yang kononnya ada strok baik dengan sendirinya," kongsinya. 

Tidak cukup itu, isterinya pula ditimpa kecelakaan

"Pada tahun 2018, isteri saya kemalangan hingga kakinya patah. Pelbagai cara berubat sudah dilakukan namun hasilnya tidak memuaskan. Malah, isteri terpaksa menggunakan alat bantuan untuk berjalan. 

"Setelah puas berusaha, kami bertemu dengan pakar tulang serta tukang urut dan isteri saya berjaya disembuhkan. Kami kemudian dikhabarkan bahawa isteri saya sukar hamil kerana ada masalah saraf. 

"Sebenarnya sudah pelbagai cara kami lakukan. Dari rawatan moden hinggalah ke tradisional namun semua tidak berjaya. Kami juga sudah berhenti berharap. Bagaimanapun, pada Februari 2019, isteri saya disahkan hamil 9 minggu," katanya. 

Image via Google

Disebabkan rasa bersyukur yang amat sangat membuatkan dia mengambil keputusan memberikan nama unik itu kepada anaknya

"Isteri pernah bertanya kenapa ingin berikan nama itu, maka saya menjawab ringkas 'agar tidak jadi seperti bapanya' dan isteri terus faham," kongsinya. 

Image via Google

Kisah yang dikongsi Didit sememangnya menginsafkan. Semoga anaknya membesar menjadi anak yang soleh.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Islamic City

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: