seismik

Ibu Bapa & Pelajar Teruja Menanti Pelancaran DidikTV, Harap Proses PdPR Lebih Berkesan

Bakal bersiaran setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam mulai 17 Februari ini.

Cover image via DidikTV KPM

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok pada jam 8 pagi, 17 Februari 2021, DidikTV menerima pelbagai respon daripada netizen terutamanya ibu bapa

Kebanyakan ibu bapa menyatakan keterujaan mereka dengan adanya DidikTV kerana ianya dilihat sebagai salah satu langkah yang cukup progresif dalam usaha memperkasakan sistem PdPR sedia ada.

Bakal ke udara di ntv7, DidikTV mengetengahkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan dengan bantuan grafik dan animasi yang menarik. Maka, pelajar tak mudah bosan dan lebih mudah faham sukatan pelajaran yang dikongsikan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Proses P&P lebih efektif dan menarik melalui DidikTV

Arbaiah Subeh, ibu kepada Nur Khairina Baharom pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Telok Gadong berkata, “Dengan adanya DidikTV, saya harap anak saya lebih fokus dalam sesi P&P. Kalau belajar secara online, susah saya nak pantau kerana dia guna telefon bimbit. Ni kalau dah tayang di TV, memang jelas sangat proses P&P yang dijalankan. Kita ibu bapa pun tak rasa bimbang”.

Berharap dengan adanya DidikTV proses pembelajaran anak bongsunya menjadi lebih efektif, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini, menyokong penuh inisiatif yang diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut KPM, mereka pernah menyediakan program TV pendidikan melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@ntv7 tetapi buat pertama kalinya saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial iaitu DidikTV@ntv7, diperkenalkan dengan pengisian pendidikan dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Bakal ditayangkan di ntv7, DidikTV juga boleh ditonton melalui beberapa siaran lain seperti Astro di saluran 147, saluran 107, MYTV atau melalui ntv7 di TV unifi.

Bagi anda yang memiliki set TV digital bersepadu (iDTV), anda boleh menggunakan antena dan lakukan penalaan automatik untuk mendapatkan saluran DidikTV.

Jadi, jangan lupa untuk tune-in ke saluran ntv7, TV3, MHI dan KPM pada jam 8 pagi esok bagi sama-sama menyaksikan Perdana Menteri kita menyempurnakan pelancaran DidikTV.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

Semoga usaha murni KPM dijadikan sebagai batu loncatan dalam usaha pelajar menguasai pembelajaran PdPR dengan lebih baik :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: