seismik

Guru Disuruh Pantau Murid Walau Lepas Waktu Sekolah, Pendapat Ibu Ini Buat Netizen Berang!

Ibu itu juga seolah menyalahkan guru sekiranya berlaku jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan murid meskipun ia mungkin terjadi selepas waktu persekolahan.

Cover image via Image via @aansajos/Twitter & Image via Utusan

Kebanyakan ibu bapa pada masa kini agak payah untuk melibatkan diri dengan aktiviti anak-anak mereka, baik di sekolah mahupun di luar waktu sekolah

Alasan yang kerap diberikan ialah ibu bapa sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tidak dapat meluangkan masa dengan anak.

Hal ini dilhat mengecewakan kerana ibu bapa seolah hanya mengharapkan bantuan pihak sekolah serta guru dalam mengawal anak-anak mereka.

Perlu faham bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak bukan terletak di bahu guru sahaja tetapi ibu bapa seharusnya memainkan peranan lebih penting kerana masa yang diluangkan di rumah adalah lebih banyak berbanding masa mereka di sekolah.

Baru-baru ini tular satu keratan akhbar memaparkan pendapat seorang ibu tentang tanggungjawab guru di luar waktu sekolah yang ternyata membuat netizen naik berang

Dalam satu screenshot yang dikongsikan pengguna Twitter @aansajos itu, ibu tersebut telah mempersoalkan keberadaan guru dalam memantau aktiviti murid di luar waktu sekolah saat virus Covid-19 masih aktif merebak.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Image via Astro Awani

Lebih parah, wanita itu seolah menyalahkan guru sekiranya berlaku jangkitan wabak berkenaan dalam kalangan murid meskipun ia mungkin terjadi selepas waktu persekolahan.

Dalam bentuk rangkaian tweet, @aansajos yang tinggal berdekatan dengan sebuah sekolah telah berkongsikan bagaimana sekolah terbabit kerap mengingatkan para murid agar mengamalkan penjarakan sosial di samping menyuruh murid untuk terus pulang ke rumah sesudah tamat waktu persekolahan.

Di akhir perkongsiannya itu, selain menyuruh orang ramai untuk sentiasa patuh SOP, @aansajos turut menitipkan doa supaya semua guru serta para frontliners sentiasa sihat dan agar negara segera bebas dari virus pandemik ini.

Tinjauan di ruangan reply perkongsian tersebut mendapati ramai yang memberi respon tidak berpuas hati dengan pendapat ibu itu tadi

Terdapat beberapa netizen yang mempersoalkan semula tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak selepas waktu sekolah, malah ada juga yang menyatakan para guru juga mempunyai keluarga mereka sendiri untuk dijaga.

Bukan itu sahaja, netizen yang merupakan anak kepada guru turut berkongsikan pendapat mereka ekoran isu ini.

Antara komen daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel di SAYS Seismik: