seismik

IJN Hospital Pertama Di Asia Guna Perentak Jantung Paling Kecil Sebesar Kapsul Vitamin

Perentak itu juga dikenali sebagai Micra Transcatheter Pacing System (TPS).

Cover image via Harian Metro

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pertama di Asia Pasifik yang menggunakan perentak jantung paling kecil dan ringan itu yang dipanggil Micra Transcatheter Pacing System (TPS)

Image via Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Micra TPS adalah peranti yang akan dimasukkan ke dalam jantung melalui urat femoral (paha) tanpa perlu sebarang pembedahan dengan saiz sebesar kapsul vitamin dan berat dua gram saja.

Difahamkan pacemaker kecil itu tidak memerlukan penggunaan wayar untuk disambung ke jantung tetapi menggunakan alat serampang tines

Ini membolehkan pacemaker menghantar denyutan elektrik untuk menetapkan kelajuan jantung.

Image via Harian Metro

"Micra TPS ini bertujuan membantu mengembalikan rentak jantung kepada normal dan mengekalkan denyutan pada kadar yang sesuai khusus bagi individu mempunyai masalah bradikardia iaitu jantung tidak boleh mengepam darah yang membawa oksigen mencukupi ke seluruh tubuh semasa aktiviti normal.

“Tidak seperti perentak jantung biasa dan konvensional, Micra TPS direka lebih kecil iaitu sebesar kapsul vitamin dilengkapi dengan teknologi paling maju melalui pendekatan invasif minimum,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.

Alat itu juga direka bagi memberikan teknologi pacemaker terbaru kepada pesakit melalui pendekatan invasif yang minimum berbanding pacemaker jantung tradisional

Image via Harian Metro

“Untuk generasi pertama, kita berjaya implan Micra TPS terhadap 200 pesakit dan hasilnya semua menunjukkan tanda positif dengan yang pertama dikendalikan IJN pada 18 Mac 2014 manakala generasi kedua perentak jantung itu diimplan terhadap 20 pesakit.

“Kami berbangga IJN dipilih dalam kalangan kumpulan institut elit yang mengambil bahagian dalam percubaan klinikal global ini dan sudah melatih lebih daripada 200 pakar perubatan di rantau Asia Pasifik antaranya Jepun, Korea, Hong Kong, Australia, New Zealand, Taiwan, India, Scotland dan Asia Tenggara mengenai perentak jantung dan kardiak terapi defibrilator,” ujarnya lagi.

Micra TPS juga tidak memerlukan pembedahan di dada dengan jangka hayat baterinya tahan sehingga lapan tahun.

Image via Harian Metro

Tonton video penuh laporan di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam-macam kes yang terjadi di hospital. Baca lagi di BAWAH:

Anda sudah baca kisah 'beauty with brain' ini?

You may be interested in: