Siapa Tak Kenal Tan Hong Ming? 15 Iklan Merdeka Yang Mampu Pupuk Semangat Cintakan Negara
Iklan merdeka dapat menanamkan semangat cintakan negara, rasa bangga pada negara dan membangkitkan semangat perpaduan yang kukuh lebih-lebih lagi Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama.
Seperti sambutan Hari Raya, antara perkara yang dinanti-nanti orang ramai setiap kali Bulan Kebangsaan ini sudah semestinya iklan merdeka!
Kalau dulu, orang ramai akan menunggu depan TV semata-mata ingin menonton iklan merdeka, sekarang sudah tidak perlu lagi kerana semuanya boleh didapati di hujung jari dengan adanya laman seperti YouTube, Facebook, Twitter dan lain-lain.
Iklan merdeka ini mampu bermain dengan emosi penonton di mana ianya dapat menanamkan semangat cintakan negara, rasa bangga pada negara dan membangkitkan semangat perpaduan yang kukuh lebih-lebih lagi Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama.
Sebelum menantikan ketibaan iklan-iklan merdeka bagi tahun ini, mari kita saksikan beberapa iklan merdeka terdahulu yang evergreen dan impactful buat rakyat Malaysia.
1. Petronas 2013 - Children
Kita semua berbeza, namun kita semua disatukan dengan nilai, harapan dan impian yang sama.
2. Maybank 2007 - Harimau
Harimau yang merupakan haiwan lambang negara Malaysia di samping melambangkan kekuatan dan keberanian ada di mana-mana sahaja kita berada.
3. Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) 2016 - Bendera Basah
"Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita tidak terlepas dari cabaran dan dugaan. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu bagi memastikan Jalur Gemilang terus berkibar di bumi tercinta."
4. Petronas 2002 - Letchumi & Rokiah
Iklan yang memberi gambaran tentang persahabatan tanpa mengira kaum yang terputus disebabkan perkara remeh.
6. Maxis 2014 - Tidak Mengapa, Kita Adalah Ahli Keluarga
Walaupun Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama, namun kita tetap bersaudara.
7. Petronas 2003 - Basikal Param
Persahabatan di antara Param, Lim, dan Atan yang terjalin tanpa mengira bangsa dan agama.
8. Petronas 2007 - Tan Hong Ming
Ingat lagi tak dengan iklan Tan Hong Ming jatuh cinta dengan Ummi Khazriena? Iklan yang tak lapuk dek zaman.
11. Petronas 1996 & 1997 - Seorang Budak Lelaki India
"Sekarang kita jauh lebih baik daripada dulu tetapi kita terlupa bagaimana semuanya bermula.''
13. Maxis 2017 - Dekat Di Mata, Jauh Di Hati
Tidak semua di antara kita yang berpeluang untuk melancong ke luar negara. Namun, berapa ramai di antara kita yang betul-betul menggunakan peluang untuk meneroka keajaiban negara sendiri?
14. Digi 2016 - #BukaLaHati
"Kita takkan pernah rasa bebas, melainkan kita bebas daripada menghakimi."