seismik

Individu Didakwa Biar Kucing Tergantung & Terseret Di Kereta Undang Kecaman

Kejadian didakwa berlaku di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Cover image via Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar meneruskan siasatan terhadap pemilik kucing yang tergantung dan terseret pada pacuan empat roda

Ia selepas tularnya gambar tersebut di media sosial yang memaparkan seekor kucing dilihat tergantung di belakang bonet kereta sehingga menyebabkan ia terseret di atas jalan raya.

Difahamkan, susulan daripada insiden itu pemilik kucing terbabit membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat yang menafikan melakukan penderaan ke atas kucing itu.

Menurut hantaran di laman Facebook, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, ia demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan dan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.

"Seperti dijangka apabila haiwan yang menjadi mangsa kesengsaraan akibat perbuatan manusia tular. Pasti akan ada 'plot twist' alasan oleh pelaku atau pemilik untuk melepaskan tanggungan terhadap perbuatan terkait jenayah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Persatuan Haiwan Malaysia gesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar meneruskan siasatan dan mengemukakan kertas siasatan (IP) kes kepada pihak pendakwaan untuk proses perundangan dan demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.

"Alasan tidak sengaja dan tidak tahu dalam laporan polis yang dibuat pemilik adalah seperti dijangka oleh Persatuan Haiwan Malaysia sebagai cubaan melepaskan diri daripada kaitan perundangan dan jenayah. Biarkan mahkamah menentukan tahap kes sama ada benar-benar kemalangan atau ada unsur jenayah disengajakan," katanya.

Malah, tambahnya alasan yang diberikan pihak terbabit, tidak boleh diterima pakai dengan mudah.

"Kekhuatiran niat sebenar pemilik terhadap kucing perlu jelas dan alasan kemalangan atau ketidaksengajaan tidak boleh diterima pakai oleh pihak berkuasa dengan mudah.

"Perlu diingatkan bahawa walaupun alasan tidak sengaja dan alasan kemalangan diberikan dalam laporan polis dibuat pemilik, beberapa seksyen dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 ada menetapkan hak haiwan dan tanggungjawab terikat pemilik terhadap haiwan.

"Antaranya Seksyen 27 membabitkan pengangkutan haiwan dan Seksyen 33 bagi kegagalan menjalankan penjagaan dan pengawasan yang munasabah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: