Pelanggan Gaji RM2K Luah Hasrat Mahu Beli iPhone 15 Pro Max Dengan Ansuran 5 Tahun
Dah macam nak bayar ansuran kereta dibuatnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika dilihat sekarang, ramai anak muda yang banyak berhutang demi mendapat kemewahan
Contohnya seperti membeli kereta mewah dan memakai telefon berjenama. Tidak dinafikan, ada yang mampu walaupun umur mereka masih muda.
Namun, ada juga yang sanggup berhutang kerana melihat rakan-rakan lain. Ini sangat berbahaya dan kita perlulah ukur baju dibadan sendiri.
Tular sebuah posting di Facebook selepas seorang individu berkongsi perbualan WhatsApp seorang pelanggan yang mahu membeli telefon pintar berjenama.
Minta ansuran 5 tahun untuk beli telefon pintar
Menerusi posting tersebut, perbualan WhatsApp berkenaan memaparkan seorang pelanggan yang bertanya mengenai jualan telefon pintar berjenama Apple.
Di dalam perbualan itu pelanggan terbabit ada bertanyakan mengenai perkhidmatan bayaran ansuran dan model telefon iPhone. Dia juga memberitahu gajinya adalah RM2,000. Penjual kemudian memberitahu mereka mempunyai perkhidmatan tersebut.
Namun, apa yang lebih membuatkan penjual berkenaan marah adalah selepas pelanggan bertanyakan apakah dia boleh membayar telefon berkenaan dengan ansuran selama lima tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!