"Macam Podcast" - Penyampai Berita Thailand Santai Baca Berita Dalam Dialek Kelantan
Memang santai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, untuk menjadi penyampai berita seseorang itu perlu mempunyai ton suara yang sesuai dalam penyampaiannya
Hal ini kerana bukan semua orang mampu mempunyai ton suara yang sesuai sebagai pembaca berita.
Ia kerana anda perlu membacanya dengan serius disamping perlu fokus terhadap bacaan di prompter.
Namun, lain pula dengan cara penyampaian berita oleh pembaca berita di sebuah stesen televisyen di Thailand ini.
Cara penyampaian pembaca berita sangat santai
Menerusi sebuah video di TikTok, kelihatan dua orang pembaca berita lelaki dan wanita sedang membaca berita di sebuah stesen televisyen Thailand.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara penyampaian berita yang dilihat sangat bersahaja dan santai.
Mereka ketika itu sedang mengulas kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke selatan Thailand untuk perbincangan binaan di antara Malaysia dan Thailand.
Video itu mendapat perhatian ramai yang memberi respon mereka masing-masing selepas melihatnya.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!