Rasa Tertipu Lepas Beli, Lelaki Kantoi Rupa-Rupanya Menyamar Jadi 'OKU' Untuk Raih Simpati
Tak baik macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, ramai yang terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan untuk kelangsungan hidup
Tambahan lagi jika kita melihat orang yang menjual barangan mereka di tengah panas. Malah, individu Orang Kelainan Upaya (OKU) juga banyak kita boleh lihat aktif dalam berniaga.
Namun, lain pula dengan perkongsian di Facebook ini apabila seorang individu meluahkan rasa kecewanya selepas mendapat tahu peniaga yang disangka OKU rupanya bukan.
Rasa tertipu selepas lihat perkara sebenar depan mata
Menerusi perkongsian oleh seorang individu, dia memberitahu pada awalnya telah didatangi oleh seorang peniaga OKU yang menjual rendang daging di kawasan taman.
Oleh kerana kasihan melihat kegigihan peniaga berkenaan yang menjual sambil menggunakan kerusi roda di tengah panas, dia membelinya.
Namun, selepas seminggu dia datang kembali di tempat berkenaan dan terlihat peniaga yang sama dengan sihatnya berdiri dan memasukkan kerusi rodanya sendiri ke dalam kereta.
Perkara tersebut membuatkan dia merasa kecewa dan dalam masa sama merasa tertipu dengan taktik licik peniaga berkenaan.
"Hari ini depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta, sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan kedai ke kedai. Dah 2 kali kena scam.
"Modus operandi konon-konon cacat raih simpati untuk orang membeli. Meniagalah elok-elok brother, rendang tu buat lekat-lekat kat gigi je RM25. Tipah tertipu, kesian dekat yang betul-betul cacat terpalit sama. Nak sales dengan cara macam ni, berkat ke tidak? Tak tahulah. Peringatan untuk diri sendiri," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!