seismik

Tindakan Pasangan Pengantin Hampir Kena Langgar Kereta Api Di Guillemard Bridge Dikecam

Ngeri pula tengok.

Cover image via @yahobravo (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan pengantin baru untuk mengambil gambar photoshoot bersama

Selalunya, pengantin akan memilih untuk mengambil gambar secara outdoor kerana ia lebih cantik dan terdapat pemandangan yang indah.

Namun, dalam pada memilih tempat photoshoot janganlah pula sampai membawa bahaya kepada diri sendiri.

Hal ini kerana tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan pengantin yang memilih aksi 'bahaya' dengan mengambil gambar di laluan kereta api.

Mujur sempat beredar dari landasan

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu pasangan pengantin berkenaan sedang mengambil gambar photoshoot perkahwinan mereka di sebuah laluan kereta api yang dikenali sebagai Jambatan Guillemard.

Namun, tiba-tiba datang sebuah kereta api memberi isyarat kepada mereka agar segera beredar dari landasan tersebut.

Mujur saja mereka sempat beredar dari landasan berkenaan. Dalam pada itu, video tersebut mendapat perhatian ramai dan mengecam tindakan bahaya pasangan pengantin yang mengambil gambar di situ.

Stesen kereta api tu masih berfungsi, kalau terbengkalai tak apa juga :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: