Individu Minta Tips Netizen, 'Pening' Anak Akan Mengamuk Jika Tak Dapat Tengok Kartun
Bahaya juga kalau selalu macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti banyak cabaran untuk membesarkan mereka
Tambahan pula, jika ia adalah anak pertama mereka. Pasti ia agak sukar pada awalnya. Nak menjaga bayi ini bukan mudah kerana banyak perkara anda perlu korban.
Contohnya seperti tidak cukup tidur, letih dan sebagainya. Pelabagi cara yang ibu bapa lakukan supaya mereka ini berhenti menangis.
Antara salah satu 'cara' yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memberi mereka melihat kartun di telefon.
Situasi itu sama seperti seorang individu yang meminta tips dan pertolongan daripada netizen mengenai cara mengawal anak yang kuat meragam.
Anak akan menangis jika tak dapat tengok kartun
Menerusi ciapan di laman X, seorang individu telah berkongsi luahan mengenai perangai seorang bayinya.
Dia memberitahu bayinya itu akan mengamuk dan menangis jika tidak diberikan kartun kegemarannya iaitu Cocomelon.
Malah, pada jam 2 hingga 3 pagi bayinya mula menangis dan dia terpaksa memberikan kartun tersebut untuk mendiamkannya.
Individu telah meminta tips dan pendapat orang ramai mengenai hal tersebut dan cara menyelesaikannya.
Lihat antara komen netizen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!