seismik

Bomba Tangkap 29 Ekor Ular Sawa 'Berkampung' Dalam Longkang Restoran Di Shah Alam

Pihak bomba menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 9.56 malam.

Cover image via Bomba & Penyelamat Shah Alam (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 29 ekor ular sawa ditemukan dalam saluran longkang di sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam

Menerusi sumber, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan berhubung penemuan ular itu diterima pada jam 9.56 malam.

Tambah beliau, susulan daripada itu sepasukan enam terdiri daripada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu," katanya.

Menurut beliau, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular terbabit.

"Ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: