seismik

Pasangan Tiba-Tiba Tawar Hati? Ini Dia Tanda-Tanda Mereka Mungkin Berlaku Curang Pada Anda

Ada tak tanda-tanda ni.

Cover image via Mykmu & Utusan

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam sesebuah rumah tangga, pergaduhan di antara suami dan isteri itu pasti akan berlaku

Tipulah kalau tak ada salah faham langsung sepanjang perkahwinan anda bukan? Namun, itu semua adalah normal dalam rumah tangga.

Sebab itulah pentingnya berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau dua-dua diam macam mana nak selesai masalah.

Namun, ada juga yang memilih jalan untuk berlaku curang dengan pasangan mereka. Jadi, macam mana nak kesan perkara ini? Jom kami kongsikan kepada anda.

1. Suka main telefon senyap-senyap

Image via Paymons

Jika sebelum ini pasangan anda sering main telefon di depan anda, tetapi kali ini dia memilih untuk bermain telefon secara senyap-senyap. Mengapa ini berlaku? Mungkin dia ada mesej dengan orang lain di belakang anda!

2. Suka mengelak jika diajak berbincang

Gambar sekadar hiasan.

Image via iStock

Perkara ini juga mungkin boleh berlaku jika dia mempunyai seseorang. Setiap kali mahu ajak berbincang ada saja alasan dia. Sibuklah, banyak kerjalah dan sebagainya. Anda perlu lebih memaksa untuk mendapat tahu kebenarannya.

3. Tiada masa keluar bersama

Gambar sekadar hiasan.

Image via Raeburn Psychology

Kalau sebelum ini anda dan dia sering keluar bersama, tetapi sekarang semua itu sudah hilang. Dia seperti sudah bosan dan tak mahu keluar dengan anda. Berkemungkinan ini disebabkan dia mahu berjumpa dengan orang lain.

4. Kurang bermesej atau call

Gambar sekadar hiasan.

Image via Online tech tips

Biasalah kalau dah sayang seseorang, call dan mesej itu sudah menjadi rutin harian. Nak tahu dia sedang buat apa, sudah makan ke belum walaupun baru saja berjumpa. Tapi, jika dia kurang melakukannya adalah benda lain tu.

5. Cepat marah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alodokter

Pasangan yang curang ini kebiasaannya emosinya akan bertukar bila bercakap. Tambahan lagi, jika dia memang dah tiada hati pada kerana hatinya kini berada di dalam hati orang lain. Jadi, apa saja yang anda cakap mesti akan ada pergaduhan dan tidak setuju.

6. Dia menuduh anda yang berlaku curang

Image via Getty Images

Kebiasaannya jika dia tidak mahu kantoi mempunyai hubungan sulit dengan orang lain, dia akan mereka cerita dengan mengatakan anda pula yang ada orang lain. Disebabkan itu, senang untuk dia memutuskan hubungan dengan anda dan pergi kepada orang tersebut.

Haraplah min dijauhkan dengan pasangan yang suka curang ni.

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: