seismik

Viral Permainan Lato-Lato, Ini Kebaikan Dan Risikonya Yang Anda Perlu Tahu

Bahaya juga.

Cover image via Antara Kalteng & Samudera

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah tengok permainan yang sedang viral sekarang iaitu lato-lato bukan?

Ia kini menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak sehingga ke mana sahaja kita pergi pasti ada kanak-kanak yang membawanya sekali. Malah, di pasar-pasar juga banyak jual permainan lato-lato ini.

Namun, tahukah anda bahawa permainan ini sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi kepada individu yang bermainnya.

Jom kita lihat di bawah:

Sejarah awal tentang permainan lato-lato

Permainan ini dikenali sebagai Clacker 50 tahun lalu dan telah di haramkan FDA US kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak. Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak.

Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran Indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada pelbagai kes kecederaan melibatkan permainan ini.

Gambar sekadar hiasan

Image via Radar Bali

Kebaikan

  • Kurangkan ketagihan gadget
  • Rangsang kemampuan motor
  • Tingkatkan fungsi koordinasi
  • Baik untuk fokus
  • Tingkatkan hubungan emosi dan sosial
Image via Detik News

Keburukan

  • Risiko kecederaan tangan dan muka
  • Risiko terjerut leher
  • Risiko kecederaan mata
  • Pencemaran bunyi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Samudera

Sebenarnya, permainan ini ada juga kebaikannya. Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukup lah bermain gadget. Tetapi, sebaiknya untuk mengelakkan sebarang kecederaan, pantaulah anak anda ketika bermain.

Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain.

Pencemaran bunyi mungkin membingitkan, sebab itu penting untuk hadkan tempoh bermain. Kalau siang malam main tanpa henti memang stres ibu bapa.

Kalau nak main permainan ni memang kena di bawah pengawasan orang tua. Stay safe!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: