Ini Top 10 K-Drama Terbaru 2021 Yang Anda Wajib Letak Dalam ‘To-Watch List’. Tak Sabarnya!
Peminat K-Drama, assemble!
Siapa dekat sini K-Drama lovers? Korang dah plan ke tahun ni nak layan drama apa?
Siapa yang work from home (WFH) tu mesti bosan bila dah penat kerja lepas itu tak tahu drama apa nak layan dekat rumah kan?
Apa lagi, inilah masa yang paling sesuai untuk korang layan drama Korea ataupun kita panggil sekarang sebagai K-Drama.
Sepertimana yang kita tahu, setiap K-Drama mempunyai plot yang berbeza-beza dan ada saja scene yang menarik di setiap episod.
Apa yang lagi best, kita tidak dapat teka langsung klimaks dan kesudahan dalam sesebuah K-Drama kerana pengarah mereka hebat dalam menyusun jalan cerita dan bermain dengan emosi penonton.
Jadi, kami ada senaraikan top 10 K-Drama tahun ini yang akan 'hype' dan membuatkan korang layan habis nanti. Baca sinopsis saja pun confirm buat korang tak sabar nak tengok semua K-Drama ini.
1. Royal Secret Agent
Terletak di era Joseon, Royal Secret Agent diketuai oleh Sung Yi-gyeom yang dilakonkan oleh Kim Myung-soo, top scorer peperiksaan negara yang bekerja di jabatan pentadbiran dan penyelidikan pejabat kerajaan.
Suatu hari, Yi-gyeom ditangkap berjudi dan sebagai hukuman, dia ditugaskan kembali ke jawatan baru sebagai pemeriksa kerajaan rahsia untuk menyiasat amalan rasuah pegawai awam. Yi-gyeom menjalankan tugas barunya dengan bantuan Hong Da-in yang dilakonkan oleh Kwon Na-ra, seorang polis perempuan, dan Park Chun-sam yang dilakonkan oleh Lee Yi-kyung, pembantunya.
Sementara itu, Sung Yi-beom yang dilakonkan oleh Lee Tae-hwan iaitu adik tiri Yi-gyeom yang lebih muda selalu cemburu dengan hak istimewa abangnya dalam keluarga mereka.
Drama ini berunsurkan sejarah, misteri dan komedi dan sudah ditayangkan pada Disember 2020. Di bawah adalah trailer Royal Secret Agent dan anda boleh menonton drama ini di aplikasi iQIYI.
2. She Would Never Know
Drama ini berdasarkan novel web 2017 yang popular dengan nama "Sunbae, Don't Put On That Lipstick". Ia menceritakan kisah cinta antara senior dan junior di sebuah syarikat kosmetik.
Won Jin-ah melakonkan watak sebagai Yoon Song-ah, brand marketer profesional di syarikat kosmetik yang mempunyai impian untuk memiliki jenama kosmetik sendiri.
Ro-woon SF9 membawa watak sebagai Chae Hyun-seung, juga seorang brand marketer yang tampan dan suka bersikap straightforward dengan kata-katanya.
Macam mana agaknya kisah cinta mereka ya? Drama ini berunsurkan komedi dan romance dan sudah ditayangkan bermula 18 Januari 2021. Anda boleh menonton drama ini di aplikasi iQiyi. Di bawah adalah trailer She Would Never Know.
3. L.U.C.A.: The Beginning
L.U.C.A.: The Beginning adalah drama yang diilhami oleh Charles Darwin bahawa semua spesies kehidupan berasal dari nenek moyang yang sama.
Drama ini memfokuskan kepada Ji-oh yang dilakonkan oleh Kim Rae-won, seorang lelaki yang mempunyai kekuatan ghaib tetapi tidak tahu siapa dia sebenarnya.
Sementara itu, Gu-reum yang dilakonkan oleh Lee Da-hee adalah seorang detektif yang kehilangan ibu bapanya ketika dia masih kecil. Ketika dia cuba mengungkap kebenaran di sebalik kehilangan ibu bapanya, dia menemui Ji-oh dan hidupnya mula berubah.
Drama ini berunsurkan misteri , sci-fi dan supernatural. Ia bakal ditayangkan pada 1 Februari nanti. Di bawah adalah trailer L.U.C.A.: The Beginning.
4. Beyond Evil
Beyond Evil mengisahkan tentang dua lelaki yang berani untuk mengejar seorang pembunuh bersiri yang secara tiba-tiba muncul semula.
Semasa Lee Dong-sik, yang dilakonkan oleh Shin Ha-kyun dan Han Joo-won, yang dilakonkan oleh Yeo Jin-goo mengungkap misteri di sebalik identiti pembunuh itu, mereka terpaksa menyoal semua suspek walaupun mereka kelihatan tidak bersalah, termasuk diri mereka sendiri.
Mereka bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang sudah berusia 20 tahun itu tetapi dalam masa yang sama belajar mengenai rahsia masing-masing. Mereka akhirnya terperangkap dalam permainan minda untuk mengetahui siapa yang 'aneh' sebenarnya.
Wow, menarik betul jalan cerita dia. Drama ini berunsurkan thriller dan psychological. Memang wajib tengok! Ia bakal ditayangkan pada 19 Februari nanti. Sementara itu jom kita layan trailer dulu.
5. Times
Times adalah drama misteri politik mengenai perjalanan masa. Ia mengisahkan tentang Seo Jung-in, dilakonkan oleh Lee Joo-young yang hidup pada masa sekarang, dan Lee Jin-woo, dilakonkan oleh Lee Seo-jin yang hidup 5 tahun di masa lalu.
Satu hari, kedua-dua mereka dihubungkan melalui panggilan dan Jung-in menemui konspirasi yang melanda ayahnya iaitu seorang presiden.
Dari situ, mereka bekerjasama untuk membongkarkan kebenaran di sebalik kehidupan mereka.
Drama ini berunsurkan politik, misteri dan fantasi. Bakal ditayangkan pada 20 Februari nanti dan di bawah adalah trailer Times.
6. Vincenzo
Vincenzo adalah drama komedi romantik tentang dua orang peguam iaitu Park Joo-hyung (Song Joong-ki) dan Hong Cha-young (Jun Yeo-bin).
Joo-hyung dijadikan anak angkat pada usia 8 tahun dan dibesarkan di Itali. Dia menjadi peguam dengan nama Vincenzo Casano dan bekerja untuk geng mafia. Namun, ketika perang terjadi antara kumpulan mafia, dia terpaksa melarikan diri ke Korea Selatan.
Joo-hyung kemudiannya bertemu dengan Cha-young dan terus jatuh cinta pandang pertama. Hubungan cinta mereka terjadi ketika mereka sedang mencari keadilan.
Drama ini bakal ditayangkan pada 20 Februari 2021 di di bawah adalah trailer Vincenzo.
7. Sisyphus: The Myth
Sisyphus: The Myth adalah drama misteri sci-fi yang menceritakan kisah seorang jurutera genius dan individu yang misteri.
Drama ini diarahkan oleh Jin Hyuk, yang juga mengarahkan drama popular seperti City Hunter (2011), Master's Sun (2013), Doctor Stranger (2014), dan Legend of the Blue Sea (2016).
Ini akan menjadi drama kemunculan semula Park Shin-Hye selepas membintangi K-Drama Memories of the Alhambra (2018) bersama Hyun Bin. Dia juga baru-baru ini membintangi filem #Alive (2020), yang menjadi salah satu filem yang paling banyak ditayangkan di Netflix.
Di bawah adalah trailer drama ini yang bakal ditayangkan pada Februari nanti.
8. Mouse
Mouse adalah drama yang penuh ketegangan di mana ia mengisahkan tentang Jung Ba-reum (Lee Seung-gi), seorang pegawai polis yang hidupnya menjadi rumit ketika dia bertemu dengan seorang pembunuh bersiri psikopat yang kejam.
Setelah melalui detik bahaya dengan psikopat, dia terdorong untuk mencari kebenaran di sebalik tingkah laku psikopat itu bersama pasangannya Ko Moo-chi (Lee Hee-joon).
K-Drama baru ini akan menimbulkan persoalan menarik, iaitu bagaimana jika anda dapat mengenal pasti psikopat sebelum mereka dilahirkan?
Baca sinopsisnya pun kita sudah tahu drama ini berunsurkan aksi, suspen dan thriller. Tak sabar nak tengok! Jom layan trailer dulu.
9. Monthly House
Monthly House adalah drama yang berunsurkan komedi romantik mengenai 2 individu iaitu Yoo Ja-sung (Kim Ji-suk), seorang lelaki kaya yang merupakan CEO syarikat pelaburan hartanah dan syarikat majalah, serta Na Young-won (Jung So-min ), seorang penyunting majalah.
Setelah Young-won bertemu dengan Ja-sung, dia memutuskan untuk mencari rumahnya sendiri dan mengembangkan minat dalam industri hartanah. Macam mana agaknya kisah cinta mereka berdua ini pula ya?
Drama ini bakal ditayangkan pada 21 Mac 2021 dan buat masa ini trailer Monthly House masih belum dikeluarkan di YouTube.
10. Great Real Estate
Great Real Estate adalah drama mengenai seorang broker hartanah yang mengusir hantu dari bangunan di mana orang telah meninggal dunia.
2 watak utama, Hong Ji-ah (Jang Na-ra) dan Oh In-beom (Jung Yong-hwa), saling bertemu dalam perjalanan ke tempat kerja dan akhirnya mereka bekerjasama untuk mengetahui rahsia di sebalik kematian ibu Ji-ah 20 tahun lalu.
Jang Na-ra memainkan watak sebagai Hong Ji-ah, pengusir setan yang juga bos di Daebak Real Estate, sementara Jung Yong-hwa dari CNBLUE memegang watak sebagai Oh In-bum, seorang penipu yang tidak mempercayai hantu tetapi menggunakannya untuk membuat wang.
Drama ini akan ditayangkan pada 22 Mac 2021 dan di bawah adalah trailer Great Real Estate.