seismik

Inisiatif 'Offline' Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Eratkan hubungan kekeluargaan ketika musim perayaan dengan inisiatif 'offline' bersama Pepsi.

Cover image via Pepsi

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang

Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan. 

Menerusi komitmennya untuk mewujudkan jalinan bermakna ketika menjamu selera, Pepsi melancarkan kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ sempena raya ini. 

Ia dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya offline (ke luar talian) sebentar dan memberikan tumpuan kepada detik-detik bersemuka dengan keluarga ketika musim perayaan.

Inisiatif 'offline' anjuran Pepsi ini membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan tangan kepada golongan memerlukan bermula sekarang sehingga 7 Mei 2023

Pepsi dengan kerjasama rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kechara Soup Kitchen Society dan The Lost Food Project akan mengagihkan satu pek makanan* bagi setiap jam yang diluangkan offline.

Untuk menyertai kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR atau pergi ke laman web https://bit.ly/pepsioffline

Klik ‘Sertai Sekarang’ untuk pergi offline dan letakkan telefon tanpa mengalihkannya.

Kumpul sebanyak mungkin waktu offline untuk peluang memenangi percutian ke Jepun bernilai RM15,000, pakej pelayaran Genting Dream Cruise bernilai RM10,000, pakej penginapan di hotel lima bintang dan penerbangan lokal bernilai RM5,000 atau e-baucar Grabfood bernilai RM50.

Image via Pepsi

Pengarah Pemasaran PepsiCo, Mikey Rosales, berkata pihaknya memahami nilai berkongsi detik bermakna bersama insan tersayang terutamanya ketika menjamu selera.

Katanya, inisiatif ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ dilaksanakan bertujuan untuk memupuk masa berkualiti dan menjalinkan hubungan erat dalam dunia yang semakin didominasi oleh gangguan digital. 

“Ikatan kekeluargaan adalah suatu ikatan yang penting. Oleh itu, kami menjemput anda menyertai kami untuk benar-benar meluangkan masa bersama insan yang paling kita sayangi demi mencipta kenangan abadi semasa menjamu selera bersama-sama,” katanya. 

Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee, berkata Hari Raya Aidilfitri adalah masa yang sangat berharga bagi ahli keluarga untuk beramah mesra, meraikan perayaan ini dan menunjukkan ihsan buat mereka yang memerlukan. 

“Kami menjemput anda untuk turut offline bersama kami bagi menghidupkan semula kemesraan apabila bertemu ahli keluarga sambil menghulurkan tangan kepada komuniti. 

“Apabila anda meluangkan masa tanpa internet, kami akan mendermakan pek makanan, anda juga dapat peluang untuk memenangi hadiah hebat,” katanya.

Layari laman Facebook dan Instagram Pepsi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ ini.

*Sehingga 2,270 pek makanan akan diagihkan yang boleh membantu menyediakan makanan sekurang-kurangnya untuk satu atau sehingga enam minggu. 

Tertakluk kepada terma & syarat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik