Isteri Mengandung 7 Bulan Cirit-Birit & Sakit Perut Lepas Dapat Makanan Basi Dari Kedai
Kena siasat kedai tu, kesian ramai yang kena food poisoning.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X yang memaparkan gambar nasi lemak basi
Seorang pengguna X memuat naik gambar nasi lemak yang dibelinya. Dia mengadu isterinya yang hamil 7 bulan itu mengalami keracunan makanan akibat makan nasi lemak itu.
Isterinya mengalami cirit-birit dan sakit perut yang teruk setelah makan nasi lemak daripada sebuah kedai di Cheras itu.
"Aku boleh tolerate kalau makanan tak sedap, tapi bukan sampai basi dan bahayakan kesihatan", tulisnya.
Rupa-rupanya, kedai itu telah menerima beberapa review negatif di pelbagai platform
Komen-komen negatif dapat dilihat di ruangan feedback di aplikasi Grab dan foodpanda. Beberapa pelanggan yang pernah membeli rasa menyesal kerana mempunyai pengalaman yang sama seperti lelaki itu.
Berikut merupakan feedback pelanggan:
Pelanggan kecewa tiada tindakan yang dilakukan setelah mereka melakukan aduan
Setelah membuat aduan, pihak Grab tidak dapat memberikan pemulangan duit kepada pelanggan dengan alasan justifikasi yang tidak cukup.
"Update from grab. Ngl this is so dissapointing. Refund yang berapa cent tu bukan isu, isu is the seller. How can the seller still allowed to be part of the merchant with this so many bad and harmful review to the customer? Bukan sorang dua, bukan sehari dua tapi selalu dah," tulisnya.
Ketika artikel ini ditulis, SAYS telah menghubungi Grab untuk mendapatkan komen tetapi masih belum menerima sebarang respon.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!