x

seismik

Isteri Mengidam Ayam Penyet Pukul 12 Malam, Sekali Suami Kena Habiskan Sebab Cuit Sikit Je

Kalau mengidam memang macam-macam kerenah. Layankan je ya.

Cover image via @dandydaihatsu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap wanita yang hamil pasti akan melalui fasa mengidam nak makan pelbagai jenis makanan tanpa mengira masa betul tak?

Dalam situasi seperti ini, para suami haruslah bersabar dengan kerenah isteri yang boleh berubah mood dan perangai mereka bila-bila masa saja.

Tambahan pula, jika mereka teringin untuk makan sesuatu di tengah malam. Mahu pening kepala si suami nak mencari makanan tersebut kan?

Seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki berkongsi perangai isterinya yang sedang hamil tiba-tiba mengidam ayam penyet pukul 12 tengah malam telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Isteri tiba-tiba kejut tengah malam teringin nak makan ayam penyet, sekali cuit sikit je

Menerusi perkongsian video daripada @dandydaihatsu, kelihatan lelaki itu diminta oleh isterinya untuk membeli ayam penyet pada pukul 12 tengah malam.

Gara-gara melayankan kerenah isteri yang sedang hamil dan mengidam, dia gagahkan juga pergi mencari ayam penyet yang diminta.

Namun, sebaik saja dia sampai di rumah dan menemani isterinya makan, wanita itu hanya mencuit sedikit saja ayam penyet dan selebihnya dia menyuruh si suami untuk menghabiskan.

Situasi tersebut membuatkan lelaki berkenaan naik bingung dan hanya mampu menggelengkan kepala saja melayankan perangai si isteri.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 698.6K views, 39.6K likes dan 232 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai situasi tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bertabahlah bang, bila lagi nak layan perangai mengada-ngada isteri tu kan. Masa dia mengandung je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: