seismik

Isu Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 Lesap, Netizen Persoal SOP Pengeluaran Duit

Pihak polis kini telah pergiatkan usaha mengesan suspek yang terlibat.

Cover image via Malaysia Dateline & Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Murid-murid di sebuah sekolah di Beranang, Selangor terpaksa 'berputih mata' apabila wang tunai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah disamun di depan sebuah bank semalam (16 Januari 2023)

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, dalam kenyataannya berkata, aduan itu diterima pada pukul 12.17 tengah hari daripada mangsa, lelaki tempatan berusia 50 tahun dan merupakan guru besar di sebuah sekolah di Beranang.

Hasil siasatan pihak polis, Mohd. Zaid berkata, mangsa yang berseorangan ketika kejadian telah mengeluarkan wang BAP berjumlah lebih kurang RM109,000.00 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

“Selepas selesai urusan, mangsa meninggalkan wang itu yang disimpan dalam sebuah beg, di dalam keretanya jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa dapati cermin kereta miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Dateline

Netizen persoalkan SOP pengeluaran wang tunai BAP dengan jumlah yang banyak tanpa ditemani guru pengiring atau pihak keselamatan

Hasil tinjauan di ruangan komen sebuah posting di Facebook, rata-rata netizen mempersoalkan SOP pengeluaran wang tunai BAP yang tidak ditemani mana-mana guru pengiring atau pihak keselamatan.

Malah, tindakan guru besar yang meninggalkan wang tunai BAP itu di dalam keretanya turut dipersoalkan oleh netizen kerana beliau difahamkan ke sebuah restoran untuk singgah membeli minuman dan tidak terus pulang ke sekolah.

Berikut di bawah antara komen netizen di Facebook:

Sementara itu, dalam perkembangan lain pihak polis kini sedang giat memburu penyamun yang melarikan wang tunai BAP lebih RM100,000 berkenaan

Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan.

Image via Utusan Malaysia

Jelas Mohd. Zaid lagi, siasatan kini telah dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis telah pergiatkan usaha mengesan suspek yang terlibat. Sesiapa yang ada maklumat berkaitan kes ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: