seismik

Tidak Sesuai Dibaca Oleh Remaja, Warganet Gesa Novel Didakwa Terdapat Unsur Lucah Diboikot

Pihak penerbit, Kakinovel bagaimanapun tampil dan menafikan tidak ada sebarang elemen 'child grooming' di dalam karya itu seperti yang didakwa.

Cover image via Popular Malaysia & Husna Adnan (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lambakan novel dipasaran menimbulkan pelbagai perspektif berbeza dalam kalangan netizen

Ada yang kata novel picisan merosakkan minda anak muda. Ada lagi satu pihak yang sukakan genre romantik mempertahankan koleksi novel mereka.

Begitupun, baru-baru ini tular tentang sebuah novel, Darlingku Mr. Cold Mafia yang didakwa mempunyai unsur-unsur child grooming dan tidak sesuai dibaca oleh golongan remaja.

Berdasarkan petikan tulisan yang ditulis, terdapat beberapa ayat yang jika dibaca mempunyai bayangan yang tidak baik kepada pembaca.

Bekas editor PTS dan usahawan buku Skuad Misi, Husna Adnan antara yang berkongsikan kebimbangannya di Facebook.

“Saya letak di Facebook kerana ramai ibu bapa di sini. Penerbit tidak letak label ‘Pembaca Matang’ atau ’18 tahun ke atas’ menjadikan buku ini dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka, anak-anak beli sendiri. Malah buku ini dikatakan ada di rak perpustakaan sekolah!

Pun begitu, unsur keganasan seksual, soft p*rn, pedofilia, bukanlah adegan yang sesuai ditulis secara terperinci, dinormalisasi dan jadi sesuatu yang romantis. Entahlah. Tepuk dada, tanya iman,” tulisnya.

Beliau turut berkata, tindakannya berkongsi info ini bukan untuk ‘melariskan’ lagi jualan novel tersebut tetapi sebagai satu awareness kepada ibu dan bapa.

Majoriti pembaca novel adalah perempuan dan sebagai seorang ibu, beliau terpanggil untuk memberi amaran kepada masyarakat.

Pihak penerbit, Kakinovel tampil keluarkan kenyataan rasmi mengenai isu yang tular

Menurut mereka, pihaknya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas isu berkenaan antaranya berbincang dengan pengurusan kedai buku Popular untuk hentikan jualan novel ini.

“Untuk pengetahuan semua, pihak editor sebenarnya telah membuat suntingan dan pemurnian ke atas babak-babak yang tular dan menggantikan dengan istilah yang lebih sopan untuk cetakan baharu novel ini.

“Tidak ada sebarang elemen child grooming di dalam karya ini seperti yang didakwa. Ia adalah babak flashback hero dan heroin bertemu di waktu kecil dan bukanlah babak percintaan di antara dua insan yang menjalin perasaan,” jelasnya.

Berikut di bawah merupakan kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan oleh pihak Kakinovel:

Sebagai rekod, novel Darlingku Mr. Cold Mafia telah berada dan dijual di pasaran sejak pertengahan tahun ini. 

Rata-rata warganet mahu pihak berkuasa mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pihak penerbit dan penulis supaya perkara seperti ini tidak lagi dinormalkan. Kerana anak-anak yang bakal menjadi mangsa, bukan kita yang dewasa.

Berikut di bawah antara komen warganet mengenai isu yang tular tersebut:

Semoga isu menjadi pengajaran dan teladan buat semua penulis dan penerbit di masa akan datang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: