seismik

Dinobat Ikon Belia Influencer 'Media Sosial' 2022, Kenali Pengasas AJAR Malaysia Ini

Sebagai rekod, AJAR adalah merupakan salah satu platform pendidikan di luar buku teks yang memaparkan pelbagai perkongsian video-video berkaitan pendidikan.

Cover image via Ajar (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh

Diperkenalkan pada tahun 1988, penganjuran APBN adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia negara.

Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.

Seramai 15 pemenang telah menerima APBN 2022 melibat empat anugerah utama dipertandingkan sementara satu anugerah khas dan tujuh anugerah tambahan diperkenalkan. Antara salah satunya adalah Ikon Belia Influencer (Media Sosial) 2022 yang dimenangi oleh Muhammad Haziq Abd Rahim.

Image via Ajar (Facebook)

AJAR merupakan platform pendidikan di luar buku teks

Untuk pengetahuan anda, Muhammad Haziq adalah pengasas channel YouTube AJAR. AJAR adalah merupakan salah satu platform pendidikan di luar buku teks yang memaparkan pelbagai perkongsian video-video berkaitan pendidikan.

Sehingga Disember 2022, subscribers untuk channel AJAR mencatatkan lebih 461,000 orang. Penubuhannya pada Oktober 2017 telah berjaya menarik hati penonton dengan meraih hampir 50 juta tontonan.

Channel ini telah dianugerahkan YouTube Silver Award. Ini adalah suatu pencapaian yang sangat mengujakan untuk sebuah platform pendidikan di Malaysia!

Laman sesawang ajar.com.my telah memperolehi capaian sehingga 14 juta orang

Muhammad Haziq telah menghasilkan lebih 700 buah artikel pendidikan dan laman sesawang ajar.com.my telah memperolehi capaian sehingga 14 juta orang.

Anak kelahiran Selangor yang berumur 29 tahun ini turut terlibat dalam penghasilan komik dan majalah pendidikan iaitu Tempur Nombor 1, Tempur Nombor 2 dan Fantasains.

Muhammad Haziq juga terlibat dalam pelaksanaan Program FantaSains. Program ini telah disusun khas bagi pelajar-pelajar dengan tujuan untuk meningkatkan minat serta kefahaman mereka dalam topik sains melalui pengisian pelbagai aktiviti yang menarik yang telah ditampilkan oleh HyppTV, TVPertiwi dan Minggu Saham Digital.

Image via AJAR Malaysia

Penglibatan Muhammad Haziq tidak terhenti di sini, beliau turut turun padang untuk berkongsi secara terus memberi ceramah, mengadakan bengkel dan forum kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti.

Muhammad Haziq juga aktif mengadakan kerjasama bersama PTS, Monsta, Foldscope Malaysia, Yayasan Maghfirah, Chemical Company Malaysia, Mamadil, universiti-universiti dan pelbagai lagi.

Tahniah Muhammad Haziq, semoga terus memberikan inspirasi dan ilmu buat rakyat Malaysia!

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: