seismik

[VIDEO] Gadis Ini Kongsi Kehidupan Seharian Sebagai Pekebun Hingga Menjadi Inspirasi Ramai

Bukan sahaja cantik, serba boleh pula tu!

Cover image via @nuraishahshamsuddin (Instagram)

Wujud lagi ke golongan wanita muda yang mengamalkan gaya hidup hijau dan tidak kisah akan status sebagai pekebun sekarang ni?

Mestilah ada!

Baru-baru ini, seorang gadis telah memuat naik video hariannya sebagai seorang pengusaha agro organik atau dalam erti kata lain ialah pekebun dan telah memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kepada golongan remaja.

Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat di akaun Instagramnya, Nuraishah Shamsuddin yang juga merupakan graduan seni dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu telah menarik perhatian netizen dan mendapat hampir 100 ribu tontonan.

Menariknya, aktiviti seharian gadis itu biasanya terbahagi kepada dua bahagian iaitu amali dan teori.

Aktiviti kebun secara praktikal seperti menyemai, menjaga, memangkas dan teori pula pembacaan pada sebelah malam tentang tanaman yang mana akan dipraktikkan pada siang hari berikutnya.

Video itu juga menjadi tular setelah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @azrin dan mendapat lebih 400 ribu tanda suka

Susulan dari tularnya video itu, kebanyakan netizen memuji content dari gadis tersebut, malah ada yang berkata bahawa dia adalah wanita satu dalam sejuta.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)
Image via @azrin (TikTok)

Haa.. alang-alang ramai yang inspired dari kehidupan mampan gadis ini.

Jom kita mulakan aktiviti bercucuk tanam secara organik demi menjaga alam sekitar :)

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: