seismik

Ucap Selamat Tinggal Kepada Masalah Rambut, Ini 5 Cara Untuk Jadikan Ia Kekal Sihat

Dah tak perlu risau tentang masalah rambut gugur, kusam dan kusut lagi.

Cover image via All Things Hair

Artikel ini ditaja oleh Sunsilk.

Bagi wanita berhijab, penjagaan rambut sangat penting untuk memastikan rambut anda kekal sihat

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Jangan sesekali anda abaikan penjagaan rambut kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti keguguran dan masalah kelemumur. Ia juga boleh menjejaskan tugas harian anda tau.

Bagi anda yang tak tahu, ini antara perkara yang boleh menyebabkan rambut anda rosak. Cuba check satu-satu sebab mungkin dalam tak sedar anda ada buat.

1. Asyik guna anak tudung yang sama

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Sesetengah wanita suka memakai anak tudung yang sama berulang kali tanpa mencuci. Bagi mereka bila pakai dekat dalam orang tak nampak, jadi tiada masalah untuk pakai berulang kali. Sebenarnya tabiat ini tak bagus tau kerana boleh menyebabkan rambut anda berbau.

Untuk mengelakkan rambut anda daripada bermasalah dan berbau, anda janganlah pakai anak tudung yang sama. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang dah melekat dekat situ. Seeloknya tukarlah setiap hari atau dua hari sekali.

2. Ikatan rambut terlalu ketat

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Anda yang berhijab mesti suka ikat rambut ketat-ketat sebab tak nak sanggul rambut terjatuh bukan? Tapi tahu tak sebenarnya ia boleh menyebabkan rambut anda mudah gugur dan putus. Selain itu, anda juga akan mengalami sakit kepala bila rambut diikat terlampau ketat.

Sebaiknya, anda longgarkan sikit ikatan dan kalau di rumah biarkan saja rambut itu tidak berikat supaya tak nampak kusut. Barulah rambut anda makin sihat!

3. Ikat rambut semasa basah

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Ramai dalam kalangan wanita berhijab yang selalu membasahkan rambut supaya rasa fresh sebelum nak keluar atau pergi kerja. Tapi, anda tahu tak bila anda terus pakai tudung bila rambut basah ia akan membuatkan rambut berbau kepam.

Rambut yang tertutup dalam keadaan basah juga akan mengakibatkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang. Selain itu, kulit kepala anda juga akan lebih mudah berminyak. Jadi, pastikan anda keringkan dulu rambut sebelum pakai tudung ya.

4. Tidak menjaga pemakanan

Gambar sekadar hiasan.

Image via OHBULAN!

Untuk penjagaan luaran mestilah bermula dari dalam juga. Pengambilan nutrisi makanan yang seimbang dan menyihatkan juga penting tau bagi kesihatan rambut anda. Pemakanan yang tak terkawal boleh menyebabkan hormon tak stabil dan pengaliran darah pun kurang lancar.

Anda mesti dapatkan nutrisi yang cukup untuk menjaga kesihatan dan penampilan rambut. Kebanyakan makanan dah tersedia nutrisi protein, zat besi dan vitamin untuk menyihatkan dan menyegarkan rambut anda.

5. Pemilihan syampu yang salah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Syampu adalah produk penjagaan rambut yang penting, jadi anda perlu memilih produk penjagaan rambut dengan betul sebab tak semua jenis syampu yang sesuai dengan wanita yang berhijab.

Kalau tersalah pilih ianya boleh menyebabkan masalah kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, melemahkan akar rambut dan masalah keguguran rambut anda juga bertambah.

SUNSILK HIJAB Recharge penyelesaian masalah rambut anda!

Image via OHBULAN!

Sekarang anda tak perlu risau lagi sebab dah ada syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala yang direka khusus untuk rambut berhijab. Ia dirumus khas dengan Ais Micellar untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, sisa peluh dan kekotoran.

Ditambah pula dengan teknologi Fragrance Release Pearls terkini yang memberikan rambut korang wangian tahan sehingga 48 jam tau! Syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala ini juga mengandungi buah tin yang mempunyai antioksida yang baik untuk rambut.

Tunggu apa lagi tu? Sekarang anda boleh dapatkan produk SUNSILK HIJAB secara percuma tau! Dengan SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, lepas ni anda tak perlu risau lagi tentang masalah rambut gugur, kusam dan kusut jika anda seorang yang wanita berhijab, bestnya!

Untuk maklumat lanjut tentang syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, anda boleh daftar di SINI untuk dapatkan produk percuma SUNSILK HIJAB.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik