Menyerikan Ruang Kediaman Anda, Kenali Pakar Hiasan Dinding Islami 'Jauhari' Ini
Hiasan dinding ayat suci al-Quran seperti Asmaul Husna dan Ayat Kursi antara yang menjadi pilihan ramai.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
"Hanya jauhari yang mengenal manikam" - Benar hanya yang arif dan pakar saja tahu menghasilkan hiasan dinding Islamik iaitu Seni Jauhari
Bermula daripada pengalaman mencari hiasan dinding untuk kediaman sendiri, minat pengasas jenama itu, Jauhari Abdul Rahman bercambah untuk menghasilkan dan membantu lebih ramai orang mendapatkan hiasan dinding islamik yang eksklusif dan elegan pada harga yang sangat berbaloi.
Selepas 14 tahun beroperasi, syarikat berdaftar dibawah Seni Jauhari Sdn Bhd itu mempunyai lima galeri seninya sendiri di Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Mutiara Damansara, Johor Bahru dan Kota Bharu.
Galeri pertamanya mula dibuka pada tahun 2008, di Shah Alam, Selangor. Seterusnya tahun ini, jenama itu meluaskan legasi di Kota Bharu, Kelantan.
"Sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia, kami banyak dan aktif menyertai ruang pameran dan ekspo. Ketika itu, kesedaran mengenai jenama ini banyak diketahui ramai dan menarik pembeli menerusi cara sebegitu.
"Bagaimanapun, kini kami menukar perspektif itu dengan menggalakkan lebih ramai berkunjung ke galeri Jauhari untuk lebih menikmati, mendekati, menghargai dan membuat keputusan bijak sebelum membeli hiasan dinding yang kami hasil dan pamerkan.
"Betul orang kata, tak kenal, maka tak cinta. Jadi sebaiknya datang ke galeri untuk mengelak membuat keputusan yang silap jika hanya bersandarkan melihat iklan atau gambar produk kami di media sosial. Rata-rata yang datang ke galeri pun tidak menyangka harga ditawarkan tidak ternilai dengan kualiti dihasilkan," kata Jauhari.
Produk dipamerkan diperbuat 100 peratus hasil buatan tangan
Kata Jauhari lagi, dengan berkunjung ke galeri, bakal pembeli atau pengunjung lebih menghargai apa yang mereka tawarkan.
Malah kebanyakan yang berkunjung akan terpegun melihat hiasan dinding yang dipamerkan, diperbuat 100 peratus hasil buatan tangan.
"Hingga kini, kami sudah membantu lebih dari 20,000 buah kediaman di seluruh Malaysia mendapatkan seni Islamik dan kontemporari yang eksklusif serta elegan bersesuaian dengan konsep keseluruhan hiasan dalam kediaman. Syukur kehadiran kami mula diterima luas dan menjadi pilihan artis, orang kenamaan dan VVIP," katanya.
Ditawarkan daripada harga di antara RM2500 hingga RM7000, hiasan dinding yang ditawarkan turut mencecah harga puluhan ribu menerusi koleksi yang lebih premium.
“Hiasan dinding yang dipamerkan termasuklah yang menggunakan metal art di mana seni kaligrafi buatan tangan digunting dan dilekatkan di atas baldu. Tidak ketinggalan lukisan cat minyak, cermin Venetian dan clay art.
"Lima elemen yang kami tawarkan terdiri daripada metal, kayu, minyak, kaca dan campuran pelbagai elemen.
"Hiasan dinding ayat suci al-Quran seperti Asmaul Husna dan Ayat Kursi antara yang menjadi pilihan ramai bagi menaikkan seri di kediaman mereka," katanya.
Kekuatan jenama ini juga bukan bersandarkan kualiti yang ditawarkan atau cuba memenuhi citarasa pelanggan semata-mata, tetapi khidmat selepas jualan yang ditawarkan turut menjadi keutamaan.
"Setiap barang akan dihantar dan dipasang sendiri oleh pasukan kerja kami. Jadi tidak akan wujud masalah seperti dipasang senget atau tidak teliti.
"Kebanyakan produk kami berat, jadi pasukan kerja sedia berkhidmat kerana ianya termasuk dalam pakej beli dan pasang sekali," katanya.
Galakkan orang ramai yang berminat untuk berkunjung terus ke galeri Jauhari
Adat berniaga, galeri utama Jauhari di Shah Alam turut terkesan dengan bencana banjir yang berlaku hujung tahun lalu.
"Ketika itu kami dalam proses mahu membuka galeri di Kota Bharu dan menyediakan stok produk bulan Ramadan. Malah kebanyakan hasil tempahan diletakkan di situ.
"200 hiasan dinding terkesan dengan bencana itu hingga menyebabkan kerugian yang dianggarkan hampir RM300,000. Namun kami redha dengan ujian ini," katanya.
Jauhari turut memaklumkan wujud sindiket scammer yang menggunakan gambar produk mereka untuk menipu orang ramai.
"Sindiket itu menawarkan harga yang murah, tetapi selepas pembeli memasukkan deposit duit ke akaun bank peribadi, mereka akan terus lesap bersama duit tersebut.
"Difahamkan ada lebih 10 orang sudah menjadi mangsa penipuan. Kami meminta mereka membuat laporan polis dan berharap tidak senang terpedaya.
"Itu juga punca utama kenapa kami menggalakkan peminat untuk berkunjung terus ke galeri Jauhari. Di samping itu, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat nasihat yang percuma dari penasihat-penasihat kami bagi mendapatkan hiasan dinding yang betul-betul sesuai untuk kediaman mereka.
"Untuk kenali kami dengan lebih dekat dan sila tekan pautan https://linktr.ee/seni.jauhari atau layari https://www.jauhari.com.my/galeri-kami/ untuk mengetahui lokasi galeri kami,” katanya.
Pada masa mendatang, dua buah lagi cawangan kedai akan dibuka di Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang.
Malah, mereka turut menjalinkan kolaborasi bersama Royale Chesterfield dengan mempamerkan hiasan dinding Seni Jauhari di setiap galeri perabot berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!