seismik

Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Ini 5 Fakta Menarik Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tahniah!

Cover image via Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Khamis bersamaan 24 November 2022, Dato' Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Keputusan yang dibuat itu selepas baginda berkenan untuk mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai proses pelantikan Perdana Menteri baharu selepas Pilihan Raya Umum yang ke-15.

Tahun demi tahun menanti, akhirnya kesabaran dan penantiannya terjawab. Pengerusi Pakatan Harapan itu telah sah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10.

Mari kita kenali siapakah figura disebalik nama Dato' Seri Anwar Ibrahim ini.

Image via The Star

Biografi ringkas Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10

Nama Penuh: Dato' Seri Anwar bin Dato' Ibrahim

Tarikh Lahir: 10 Ogos 1947

Tempat Lahir: Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Latar belakang Pendidikan Tertinggi: Bekas Pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar MCKK dan Ijazah dalam Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya UM

Image via Mypt3.com

Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ke-7

Perjuangan beliau dalam bidang politik ini bermula sebagai aktivis pelajar iaitu sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Selain itu, beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudiannya menyertai BN/UMNO pada tahun 1982.

Image via Astro Awani

Dato' Seri Anwar Ibrahim, "Asian of the Year"

Pada tahun 1996, Dato' Seri Anwar Ibrahim digelar sebagai Menteri Kewangan Terbaik. Malah, pada tahun 1998 pula, majalah Newsweek mengelarkannya sebangai Anwar "Asian of the Year".

Kehebatan beliau mula sedikit demi sedikit mula ditonjolkan

Tahun demi tahun, kehebatan beliau mula diperakui dunia sehingga beliau pernah tercalon untuk Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 2002. Bukan calang-calang orang yang dicalonkan untuk anugerah ini. Akan tetapi beliau tewas pada James Earl (Jimmy) Carter, Jr.

Image via Astro Awani

Beliau turut tersenarai dalam kalangan manusia paling berpengaruh di dunia

Pada tahun 2008, Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tercalon dalam kalangan 100 manusia paling berpengaruh. Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan yang bermakna buat negara.

Malah, beliau berada pada kedudukan yang ke 93 dalam senarai yang diberikan oleh majalah antarabangsa terkenal iaitu "The Time". Lebih membanggakan lagi, nama beliau juga tersenarai bersama-sama Barrack Obama, Nelson Mandela dan lain-lain.

Image via Reuters

Dunia Islam mengakui akan kehebatan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Bukan sahaja mendapat pengiktirafan dunia eropah, tetapi dunia Islam juga mengakui kehebatannya. Beliau telah disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia, bersama-sama dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Beliau berada di tangga kedudukan yang ke 107. Pencapaian ini juga merupakan pencapaian yang perlu dibanggakan oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita menarik di SAYS Seismik: