seismik

#PRU15: Anwar Dakwa Mempunyai 112 Kerusi Bersamanya Untuk Jadi Perdana Menteri Ke-10

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dia mempunyai 112 kerusi dan yakin dapat memerintah negara.

Cover image via Bebas News

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya yakin akan diberi peluang untuk memerintah negara

Beliau turut mengakui bahawa mereka telah mempunyai 112 kerusi. Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun ini masih merahsiakan gabungan politik yang bakal bersama Pakatan Harapan.

“Dari semalam lagi saya sah kata kita sudah cukup dan melebihi angka 112 dan yakin saya akan diberi peluang untuk menerajui negara lepas ini"

“Apa-apa pun kita akan serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong seperti apa yang dititahkan Istana Negara," ujarnya.

Image via The Star

Beliau turut meminta rakyat bersabar seperti mana beliau sudah lama bersabar

Selepas memenangi majoriti sebanyak 83 kerusi, Pengerusi Pakatan Harapan ini tidak memberikan apa-apa komen. Malah dia meminta untuk bersabar sepertimana dia telah lama bersabar.

“Yang lain- lain sabar dahulu, ikut macam ‘Anwar’ yang sudah lama sabar ni,”  katanya kepada media.

Lihat posting Datuk Seri Anwar Ibrahim itu di bawah:

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: