Pokémon GO Haram? JAKIM Dipertikai Dan Dibandingkan Dengan Badan Mualaf Singapura
"Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja." - JAKIM
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan
Kenyataan itu dilaporkan oleh Harian Metro dua hari lalu.
Dalam satu kenyataan lain beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu.
"Setelah meneliti pendapat ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat."
“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram mempunyai asas yang kuat," katanya.
Menurutnya lagi, aplikasi tersebut boleh menyebabkan berlaku-pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya.
Kenyataan itu disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebook beliau semalam
ISU PERMAINAN POKEMON GO
Jakim menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.
Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.
Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع) di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.
Sekian
TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
7 Ogos 2016
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan pihak JAKIM tersebut mendapat perhatian netizen dan menerima banyak komen yang berunsur bantah dan provokasi
Malah, ada juga yang membandingkan keputusan JAKIM dengan badan Mualaf di Singapura yang khabarnya menggunakan aplikasi tersebut sebagai alat untuk berdakwah
Di Singapura, satu badan dakwah mualaf bernama Muslim Converts' Association of Singapore - Darul Arqam Singapore dikatakan menjadikan alat tersebut sebagai medium dakwah. Ini kerana kawasan bangunan mereka adalah merupakan salah satu PokéStop.
Sejak permainan aplikasi tersebut dilancarkan di Malaysia dua hari lalu, orang ramai kelihatan sangat teruja dan keterujaan itu dikongsi melalui media sosial
Pokemon Go is finally available in Malaysia, guys!!!!! pic.twitter.com/4L8baVmlgF
— Anna Khayalan (@thekhayalan15) August 6, 2016
Pokémon GO adalah satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.
Ia membolehkan pemain memburu 'pokemon' menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain
Aplikasi ini dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!