seismik

"Saya Tak Tahu Pula Dia Dikehendaki Polis" - Tukang Gunting Rambut Jamal

Jamal akhirnya ditangkap selepas melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Cover image via Berita Harian

Bekas calon ketua pemuda UMNO, Jamal Yunos dikehendaki oleh pihak polis atas siasatan berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya. Namun, Jamal melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Image via NST

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan telah ditahan ketika sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.

Jamal sebelum itu telah didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak pada tahun lalu. Dia bagaimanapun mendakwa ketika kejadian berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu.

Malah, Jamal juga menyangka proses berkenaan telah selesai sebelum beredar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum ditangkap pada 6.15 petang (waktu Malaysia) pada hari Isnin oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI)

Image via Sotong Kicap

Menurut laporan Berita Harian, Jamal ditahan selepas POLRI membuat pengawasan dan pemantauan pergerakan pemimpin UMNO itu lebih sebulan dan akhirnya ditahan selepas selesai menggunting rambut di sebuah kedai di Jakarta Selatan.

"Jamal dipercayai bersembunyi di Medan, Sumatera Utara sebelum menukar lokasi ke Jakarta Selatan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Dia dipercayai menggunakan laluan laut untuk ke Medan," kata sumber keselamatan kepada Astro Awani.

Menurut laporan, tukang gunting rambut terkejut apabila dimaklumkan lelaki yang selesai menggunting rambut itu adalah Datuk Seri Jamal Yunos iaitu buruan polis yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia

Tukang gunting rambut itu dikenali sebagai Yudi, ketika dihubungi berkata dia tidak mengesyaki lelaki itu dikehendaki kerana ketika sedang menggunting rambut, Jamal hanya bersikap bersahaja dan langsung tidak menunjukkan sebarang kerisauan.

Yudi juga berkata bahawa, "Ketika dia (Jamal) masuk, saya tahu dia orang dari Malaysia berdasarkan tutur katanya yang mahu menggunting rambut, tetapi tidak tahu pula dia dikehendaki polis.

"Saya cuma tahu dia dikehendaki polis apabila sekumpulan lelaki berpakaian biasa menahannya di hadapan kedai sejurus selesai menggunting rambut," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) atas bantuan mereka dalam menjejaki Jamal

Muhyiddin juga menambah, "Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: