"Jangan Nak Peluk Cium Anak Orang Sesuka Hati" - Bayi Usia 35 Hari Ini Positif Covid-19
Ingat ya guys, kita masih belum menang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa yang tidak sedih melihat kanak-kanak atau bayi baru lahir dijangkiti Covid-19 bukan?
Hal sama turut dikongsikan oleh seorang kakitangan perubatan tentang bayi berusia 35 hari yang disahkan positif virus berkenaan di Facebook miliknya baru-baru ini.
Menurutnya, bayi tersebut merupakan pesakit termuda yang pernah dirawat. Lebih mengejutkan apabila ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan terhadap si kecil itu mencatatkan keputusan positif.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuh yang dimuat naik olehnya di Facebook:
“Simpan sini buat kenangan. Tiap-tiap hari ambil pesakit positif Covid-19. Tapi hari ini dapat yang paling kecil hantar ke wad.
“Sebak bercampur geram sebab budak itu tidak bersalah apa-apa. Sebulan lima hari positif ujian RTK PCR,” kongsinya.
Maklumat peribadi bayi tersebut tidak didedahkan oleh beliau kerana niatnya hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai
“Jalan cerita pesakit biarlah rahsia. Tapi budak itu tidak berdosa. Ini belum part bayi itu kena buat swab. Nasib aku tidak nampak. Kecil lagi alahai.
Selain itu, pegawai perubatan terbabit juga menasihatkan agar tidak menziarahi jiran atau golongan yang berisiko tinggi antaranya warga emas dan kanak-kanak.
“Minta tolong sangat-sangat supaya jangan datang ziarah atau merayau ke rumah ada bayi, warga emas dan lain yang boleh mendatangkan mudarat.
“Jangan nak peluk cium anak orang sesuka hati sebab tidak tahu status (kesihatan) kita. Tidak rasa bersalahkah seandainya terjadi sesuatu kepada mereka?
“Tolong jaga SOP. Covid-19 itu benar. Semoga bayi itu cepat sembuh dan sentiasa dilindungi,” luahnya.
Setakat 31 Mei lalu, sebanyak 19,851 kes Covid-19 adalah membabitkan golongan bayi dan kanak-kanak hingga berusia empat tahun
Sehubungan itu, para ibu bapa dan orang dewasa disarankan supaya sentiasa bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangkiti Covid-19. Jangan dedahkan mereka pada kawasan yang berisiko.