seismik

'Goalkeeper Terpaksa' Dan 6 Lagi Jenis Pemain Yang Mesti Ada Dalam Setiap Team Futsal

Tak sah kalau tak ada!

Cover image via Animasia Studio

1. Dialah yang paling power dalam team

Gambar sekadar hiasan

Image via windows.net

Siapa dia?

Key player.


Dia ni paling penting! Sebab dalam team tu dialah yang paling power. Kalau tak ada dia, team mesti tak function. Selalunya dia nilah yang orang akan ajak dulu untuk masuk team, lagi-lagi bila nak masuk tournament. Bila ada dia, baru orang lain rasa nak join! Tapi, bersedialah untuk kena maki dengan dia bila kau buat silap.

2. Kalau susah sangat nak lepas, pass je bola kat dia ni

Gambar sekadar hiasan

Image via hellosehat.com

Siapa dia?

Kaki gentel.


Yang ini pun tak kurang hebatnya. Semua pun tahu, skill gelecek memang penting dalam sukan futsal. Lagi power kau gelecek, lagi senanglah kau nak lepas pihak lawan. So, satu team mesti memerlukan sekurang-kurangnya seorang kaki gentel yang power. Sebab bila dah tak tahu nak buat apa, pass je bola kat dia. Lepas tu tahulah dia nak buat apa. :D

3. Korang mesti tak nak kena shoot dengan dia ni. Confirm berbekas!

Gambar sekadar hiasan

Image via blogspot.com

Siapa dia?

Kaki
shoot.

Siapa kat sini yang boleh shoot padu macam peluru angkat tangan! Selalunya, kalau dia ni dapat bola, semua orang takut nak dekat sebab takut kena rembat. Sekali dia shoot, berdoalah supaya bola tu tak kena kat kau. Kalau kena, mesti lebam punya! Kadang-kadang, goalkeeper pun terpaksa lari daripada tiang gol dan biarkan je dia score. Safety first!

4. Dia ni kalau tak main pun tak apa kot haha :D

Gambar sekadar hiasan

Image via lookp.com

Siapa dia?

Benchwarmers.

Dalam satu team futsal, kena ada at least 7 orang atau 8 orang. Lima orang main, 2 atau 3 orang duduk kat luar sebagai substitutes. Tapi ada jugak beberapa situasi di mana substitutes ni tak dapat main langsung. Diorang sekadar duduk luar dan menjadi pemanas bangku je. Kesian tu memang kesian tapi nak buat macam mana kan. Siapa pernah rasa?

5. Inilah posisi paling sesuai untuk 'kaki bangku' yang tak pandai sepak bola

Gambar sekadar hiasan

Image via futsalfactoryacademy.com

Siapa dia?

Goalkeeper terpaksa.

Inilah satu-satu posisi yang paling bermasalah dalam kebanyakan team futsal.

Striker = checked
Defender = checked
Midfielder = checked

Tapi bila sampai bab goalkeeper, masing-masing bingung dan tak tahu nak suruh siapa yang jadi. Akhirnya, terpaksa jugaklah seorang kena jadi goalkeeper walaupun tak suka, sebab dialah yang paling tak power dalam team.

6. Di rasa dialah yang paling hebat, tapi... hmm hampeh

Gambar sekadar hiasan

Image via Neymar Jr.

Siapa dia?

Si poyo.

Rasanya, kalau sukan futsal ni main pakai mulut, memang dia nilah yang paling handal. Sebab dia ni jenis yang kuat sembang kencang dengan orang. Dialah yang menang tournament tu tournament ni, dialah yang jadi wakil sana sini, dialah yang pernah jadi top scorer, dan macam-macam lagi. Tapi bila main futsal, rupa-rupanya kemahiran kaki dia tak sama langsung macam mulut dia.

7. Tak cukup player? Tak apa, boleh ajak dia ni.

Image via gosulsel.com

Siapa dia?

Last minute player.

Kadang-kadang, kita memang akan menghadapi situasi di mana team kita tak cukup player untuk bermain. Jadi, ajak jelah mana-mana kawan untuk join asalkan cukup kuota. Mesti ada seorang kawan yang sentiasa cakap 'Yes' bila kita dia ajak main futsal. Tapi sayangnya, dia ni selalu dipandang sepi dan dijadikan last choice. Allahu.

Tak kiralah sesiapa pun dalam pasukan, semuanya memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kejayaan

Image via MILO

Setiap orang mempunyai peluang untuk menjadi yang terbaik, tidak kira betapa besarnya cabaran dan dugaan yang perlu diharungi.

Disebabkan itu, MILO sentiasa memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menyerlah dan menyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi.

Karnival Futsal Hidup Bola edisi ke- 14 lebih gempak! Kerjasama antara MILO dan FC Barcelona dan juga kelab-kelab futsal terkemuka Asia membuka peluang untuk anda bertanding di peringkat antarabangsa.

Image via MILO

Latih dengan lebih gigih dan tunjukkan bakat anda di MILO Hidup Bola Grand Finals! Anda mungkin antara bakat yang dipantau oleh Jurulatih Futsal Kebangsaan, Coach Chew Chun Yong untuk mewakili MILO Malaysia.

Image via MILO

MILO X FC Barcelona World Cup, China

Buat julung kalinya, MILO Malaysia akan memilih 8 pemain terbaik dari kategori Bawah-12 (6 lelaki dan 2 perempuan) untuk dibawa bertanding menentang negara-negara Dunia MILO untuk merebut Piala kemenangan pada bulan Julai ini.

MILO Champions Trophy 2019

MILO Malaysia tidak asing dalam memberi pendedahan antarabangsa kepada 12 pemain terbaik dari kategori Bawah-16 tahun malalui program 'MILO Trip of Excellence' sejak 2014 di mana mereka dibawa ke Thailand dan baru-baru ini ke Sydney untuk latihan khusus bersama 3 pasukan terkemuka di negara tersebut.

Pada tahun ini, MILO berhasrat memberi lebih ramai peserta peluang mengambil bahagian dan seterusnya memperkenal 'MILO Champions Trophy' di mana 4 pasukan terbaik dari Karnival MILO Hidup Bola Grand Finale akan bertanding menentang jemputan 4 kelab futsal terbaik dari negara-negara Asia dalam merebut Piala Juara dan hadiah wang tunai lumayan pada bulan Ogos ini!

Anda ada satu pasukan Futsal yang hebat? Apa tunggu lagi, sertai kejohanan futsal MILO Hidup Bola 2019 di sini. Semoga berjaya!

*Pendaftaran telah dibuka sejak Januari 2019.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Masa kecil dulu kalau boleh hari-hari nak main bola masa petang!