Jiran Kerap Dengar Suara Budak Nangis, Suami Isteri Didakwa Dera & Bunuh Anak Angkat
Difahamkan, pasangan suami isteri kini direman enam hari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasang suami isteri direman enam hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan kes kanak-kanak meninggal dunia akibat didera
Menurut laporan sumber, wanita berumur 27 tahun dan suaminya berumur 66 direman hingga Ahad di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihak polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, mengenai mangsa yang dibawa ke wad kecemasan zon merah untuk bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR), namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki telah dipukul menggunakan objek tumpul. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘multiple blunt injuries’.
Jiran akui kerap dengar budak menangis
Jiran keluarga itu, Mohd Zezeli Abdul Latif, 58, berkata dia hanya menyedari kehadiran budak itu di kawasan perumahan mereka sejak dua bulan lalu.
Menurut Mohd Zezeli, isterinya kerap mendengar tangisan kanak-kanak serta suara seorang lelaki dalam nada tinggi seperti menjerit di halaman rumah.
"Pernah juga dengar suara lelaki itu menjerit dan meminta anaknya mencari barang, mungkin dia marah sebab ada barang yang hilang.
"Setahu saya, lelaki itu tinggal bersama isterinya sahaja sebelum kanak-kanak itu muncul dalam tempoh dua bulan ini," katanya kepada Berita Harian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!