seismik

Jiran Marah Minta Alih Kereta Sebab Nak Parking, Dakwa Dah Lama Letak Keretanya Di Situ

Asal jangan parking depan rumah okay je kot.

Cover image via @wannlemahh (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hidup berjiran sememangnya perlu bertolak ansur demi keamanan bersama

Kalau kita tak berbaik dengan jiran pasti susah untuk meminta tolong atau sebagainya nanti. Dapat jiran yang baik adalah satu rezeki buat kita.

Namun, masalah parkir kereta menjadi salah satu punca boleh menimbulkan pergaduhan di antara kita dan jiran.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila berlaku pergaduhan dek kerana berebut tempat parkir kereta.

Dakwa dah lama tempat itu menjadi parkir keretanya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi di kawasan perumahannya bersama dengan jirannya.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut selepas lelaki itu parkir keretanya di kawasan tepi jalan. Jirannya itu mendakwa ia adalah parkir rumahnya kerana dia sudah lama meletakkan keretanya di situ.

Namun, lelaki itu membalas parkir itu bukan miliknya dan boleh diparkir oleh sesiapa saja kerana bukan di dalam kawasan rumah jirannya itu.

Perkara itu membuatkan mereka marah sehingga telah block kereta lelaki berkenaan daripada keluar. Tambah lelaki ada juga pihak polis yang datang namun situasinya tetap sama.

Lihat video itu di bawah:

@wannlemahh dia suruh saya kluarkan kereta saya (axia) dan parking di tempat lain… katanya itu tempat parking dia. kemudian setelah bergaduh mulut, mereka tknk mengalah.. terus bwk kluar kereta saga dlm pagar untuk blok kereta saya.. polis datang pun tak jalan jugak.. minta tolong guys, ada cara lain tak? #fyp #viral #copparking original sound - wan_amir
@wannlemahh Replying to @Chitra Maayi original sound - wan_amir

Kalau bukan dalam atau depan rumah dia sesiapa pun boleh park sebenarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: