Jurunikah Tenangkan Bapa Pengantin Menangis Saat Lepaskan Anak Perempuan Buat Ramai Sebak
Auto menangis.
Momen perkahwinan adalah momen yang pasti tidak dapat dilupakan oleh pengantin
Pada masa inilah akhirnya anda akan menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pasti rasa sebak itu ada lebih-lebih lagi jika kita sudah lama tinggal dengan ibu dan ayah.
Hati si ayah juga pasti terusik tatkala melepaskan si anak pergi bersama dengan orang yang dicintainya.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang ayah tidak dapat menahan sebak saat melepaskan anak perempuannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak tahan sebak masa bacakan lafaz
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya akad nikah di sebuah rumah. Namun, apa yang lebih mengharukan adalah saat si ayah mahu membacakan lafaz buat anaknya.
Si ayah dilihat menangis tidak henti-henti dan mengesat air matanya. Situasi itu membuatkan jurunikah terpaksa menenangkannya.
Lelaki itu akhirnya berjaya membaca lafaz sehingga habis sambil ditenangkan oleh seorang lelaki.
"Kasih sayang seorang ayah. Harap lelaki tu dapat jaga anak pak cik ni betul-betul" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 78.3K likes dan 2,041 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!