Jurutera Kongsi Kisah Menyentuh Hati, Sambung Legasi Arwah Bapa Terlibat Dalam Operasi LRT3

Epik gambar ni.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang jurutera telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia selepas berkongsi kisah bagaimana dia meneruskan legasi arwah bapanya dalam operasi pembangunan Light Rail Transit Line 3 (LRT3)

Emir Irfan Mohd Zufri, 32, berkongsi dalam sebuah hantarannya di Threads memaparkan dua gambar yang diambil dengan beza hampir tiga dekad, menunjukkan dia dan bapanya berada dalam momen yang hampir serupa.

Sebuah gambar menunjukkan arwah bapanya di Vancouver, Kanada, semasa latihan untuk sistem rel bandar tanpa pemandu pertama di Malaysia pada tahun 1997, manakala sebuah lagi gambar lagi merakam Emir di LRT3 yang baru dibuka.

Menerusi laporan New Strait Times, Emir yang berasal dari Shah Alam, memberitahu bapanya pergi ke Vancouver pada tahun 1997 sebelum pelancaran bekas LRT Putra, kini Laluan Kelana Jaya, yang mula beroperasi pada tahun 1998.

SAYS.com
Image via New Straits Times / Emir Irfan Mohd Zufri

Bapa Emir berkhidmat selama 25 tahun dalam industri rel, bermula sebagai perancang operasi sebelum menyumbang kepada peringkat awal projek LRT3

"Arwah bapa saya tidak pernah berpeluang melihat LRT3 siap, walaupun beliau terlibat dari peringkat awal projek sebelum bersara pada tahun 2021," kata Emir.

Pada asalnya merupakan seorang major dalam jurusan automotif, Emir menyertai industri rel sebagai jurutera penyelenggaraan pada akhir tahun 2020 sebelum berpindah ke projek LRT3 pada tahun 2023.

"Semasa ayah saya masih ada, dia sering bertanya tentang kemajuan LRT3. Perasaannya seperti saya melaporkan kepada bos setiap kali dia bertanya," kata Emir.

Dia menambah bahawa dia masih mempelajari perkara baharu dan melakukan yang terbaik bersama pasukannya untuk berkhidmat kepada orang ramai di laluan yang baru dilancarkan.

SAYS.com
Image via Bernama / New Straits Times & SAYS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: