seismik

Jadi Mangsa Rogol Selva Pada Usia 21 Tahun, Ini Kisah Yang Masyarakat Malaysia Perlu Tahu

"Dia menikmati permainan seperti ini..."

Cover image via says.com

Merupakan seorang bekas perogol bersiri yang ditahan di Kanada, akhirnya Selva Kumar telah kembali ke Malaysia. Namun, persoalannya kini, bolehkah bekas penjenayah seperti beliau dibiarkan bebas di negara ini?

Image via SAYS

Hanya terdapat dua jawapan pada persoalan tersebut sama ada "Ya" atau pun "Tidak".

Ditahan ketika berusia 31 tahun dan telah dipenjarakan selama 24 tahun, kini Selva kembali bebas pada usia 56 tahun. Mengikut laporan, sewaktu dipenjara, beliau masih menjalankan laman video lucah di Kanada. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau belum pulih sepenuhnya dan pihak berkuasa negara tersebut percaya bahawa Selva tidak menyesal atas perbuatan jijik beliau itu dan kemungkinan besar akan mengulangi perbuatan tersebut lagi.

"Dia menikmati permainan seperti ini, dan rogol adalah satu jenayah kuasa, bukan satu jenayah seksual. Dia tidak akan pulih. Dia tidak merasakan sebarang penyesalan dan dia hanya akan berasa dirinya dianiaya,"kata Susan Chapelle, seorang penyelidik dari Squaish di wilayah Kanada British Columbia (BC) yang juga merupakan salah seorang mangsa rogol lelaki berkenaan.

Susan baru saja berusia 21 tahun sewaktu kejadian malang itu menimpa dirinya. Mendengar pelbagai laporan mengenai Selva membuatkan Susan meragui keselamatan masyarakat yang lain.

Dalam satu temubual bersama SAYS, Susan menceritakan kisah bagaimana beliau berhubung dengan Selva dan bagaimana segalanya terjadi.

Susan Chapelle

Image via CTV

Segalanya bermula apabila Selva menyamar kononnya beliau adalah seorang agensi periklanan. Disebabkan itu Susan telah cuba berhubung dengan beliau apabila terlihat iklannya di akhbar. Setelah berhubung, Selva memberitahu bahawa beliau berada di sekitar kawasan perumahan Susan dan akan datang menjemputnya sekitar pukul 4 petang, di mana beliau turut menawarkan Susan secawan wine. Susan terus meneguk wine tersebut tanpa berfikir panjang.Apabila sedar saja, dia sudah pun terbaring di atas sofa rumah Selva sekitar pukul 11 malam. Dia melihat bajunya tidak terurus dan skirt pendeknya itu seperti telah dialih. Dia berasa tidak senang hati.

"Dia memberitahu saya bahawa saya tertidur dan menawarkan untuk memandu saya pulang. Saya tahu saya telah pun dirogol tetapi saya masih membiarkan dia memandu saya pulang. Saya tidak berapa pasti dengan kawasan perumahan itu dan saya tidak tahu di bandar mana saya berada. Dia menurunkan saya di rumah", kata Susan.

Beberapa hari kemudian, Selva memanggil beliau untuk berjumpa lagi. Namun, Susan tidak minum kali ini. Selepas mereka habis berbual, Susan terus berjalan keluar dari restoran itu dan Selva mengekorinya.

Dia menolak saya pada sebuah kereta dengan menghentak leher saya. Saya melawan dan akhirnya dia pergi. Saya terus pulang ke rumah," Susan mengimbas kembali peristiwa tersebut yang mana ketika itu dia masih tidak berani untuk memberitahu sesiapa pun. Dia berasa jijik dan malu akan diri sendiri kerana bersetuju untuk keluar bersama Selva sekali lagi.

2 tahun selepas itu, Susan telah dipanggil oleh pihak polis apabila namanya dijumpai di dalam diari peribadi Selva.

Image via TV 14

Pihak polis telah datang ke pejabatnya dan membawa dia ke rumah untuk memberitahunya bagaimana mereka mendapat tahu tentang Susan. Menurut polis, nama Susan telah dijumpai dalam diari Selva dengan markah penilaian.


"Mereka hanya mendapat tahu tentang Selva kerana buku hitam ditemui di kereta bawah tanah dengan beratus-ratus nama, nombor, alamat dan penilaian di dalamnya. Polis menunjukkan kepada saya gambar-gambar bogel wanita lain yang telah dirogol," kata Susan.

Melihat gambar tersebut merupakan pengalaman yang sangat traumatik untuk Susan. Susan menceritakan pengalaman buruk beliau dengan pihak berkuasa sehinggakan dia terpaksa mendapatkan bantuan daripada pakar. Dia juga telah kehilangan kerja atas kejadian ini. Bukan sahaja kehilangan kerja, malah teman lelaki Susan juga telah memutuskan hubungan dengannya. Walaupun dia telah melalui pelbagai dugaan, tetapi Susan berkata pengalaman pahit ini telah menjadikan beliau seorang peguam bela untuk perkhidmatan saksama dan sumber kesihatan mental.

"Saya juga telah menyertai anggota berkuasa dalam kesihatan wanita supaya saya dapat mempelajari dan menjaga wanita lain,"kata Susan, yang kini bekerja sebagai Anggota Majlis Bandar Raya Squamish.

Apabila ditanya apakah perasaannya apabila mendengar berita bahawa Selva telah dibebaskan, Susan berkata ia membuatkan dia berasa jijik

Image via News 1130

"Saya berasa meluat dengan sistem keadilan kita. Beliau hanya dihukum untuk sebahagian kecil daripada serangan," kata Susan. Dia menjelaskan di Kanada, hukuman penjara sangat singkat untuk penjenayah rogol.

Sebenarnya, dalam 1000 kes serangan seksual di Kanada hanya 33 kes sahaja yang dilaporkan dan hanya 3 kes daripada 1000 kes yang dibawa ke sabitan.

Nombor-nombor ini sungguh mengejutkan, tambahan lagi apabila dia menyatakan bahawa tiada penjagaan ataupun perlindungan diberi kepada mangsa rogol yang trauma.

Apakah MO Selva (modus operandi)?

Image via Google

Selain daripada menyamar sebagai agen untuk majalah pemodelan dan menawarkan untuk melakukan penggambaran pemodelan untuk wanita, Selva juga akan pergi ke bar untuk mencari mangsanya. Selain dari gadis muda, beliau juga memilih wanita yang sudah berkahwin sebagai umpan. Ini kerana wanita yang sudah berkahwin tidak akan memberitahu sesiapa akan perkara ini.

Selva akan membawa mangsanya kembali ke rumahnya lalu meletakkan dadah di dalam minuman, merogol dan merompak tanpa pengetahuan mereka. Beliau juga akan mengambil gambar wanita tersebut ketika mereka di dalam keadaan tidak sedar dan menyimpan semua gambar itu.

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa beliau layak untuk mendapat peluang kedua, Susan masih berpendapat bahawa Selva seorang yang tidak boleh dipercayai

Image via SAYS

Seorang lelaki yang tidak merasa penyesalan atas apa yang dia lakukan kepada beratus-ratus wanita dan kanak-kanak perempuan, malah merasakan bahawa beliau dianiaya memang tidak boleh dipercayai. Malahan, laporan lain juga mengatakan bahawa Selva mungkin mempunyai lebih banyak akses kepada ubat-ubatan di Malaysia daripada di Kanada. Salah satu ubat yang Selva yang sering digunakan untuk mengkhayalkan mangsa beliau dikenali sebagai "tarikh rogol dadah" yang juga dipanggil Flunitrazepam (Rohypnol). Ubat ini memang boleh didapati dengan mudah di Malaysia.

Jadi, apakah yang boleh pihak berkuasa di Malaysia lakukan untuk mencegah Selva daripada mendapatkan ubat-ubatan ini?

Susan juga berkata jika tidak ada kawalan ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai dadah, kerajaan perlu melaksanakan satu dasar baru. Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak pusat rehabilitasi untuk wanita yang terlibat dengan penderaan fizikal dan trauma.

"Secara umumnya, semua pusat ini adalah dibawah jagaan pertubuhan NGO dan kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif untuk membiayai perbelanjaan pusat-pusat ini agar dapat menyediakan perkhidmatan yang bagus untuk mangsa-mangsa yang terlibat", tambah Susan lagi.

Perkara yang menakutkan lagi apabila diketahui bahawa kebanyakan ubat-ubatan yanga digunakan beliau agak mudah diperolehi di Malaysia, dan jika Selva mahu mengulangi lagi jenayah ini. Ianya tidak akan menjadi isu untuk beliau. Lagipun, dia juga dikenali sebagai Rohypnol rapist.

Apa yang perlu kerajaan Malaysia lakukan sekarang?

Susan telah menegaskan bahawa bagaimana Malaysia masih tidak mempunyai pendaftaran bagi pesalah seksual.

"Kerajaan Malaysia perlu mempunyai badan pendaftaran bagi pesalah seksual yang berbahaya," kata Susan. Kami bagaimanapun, mempunyai pendaftaran pesalah seksual kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dengan nama-nama para penjenayah disabitkan diperoleh daripada mahkamah Malaysia.

Akhir sekali, Susan menegaskan bahawa Selva seorang yang sangat manipulative. Beliau akan melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu.

Lagi-lagi apabila sekarang ini beliau berada di kawasan Lembah Klang, semua masyarakat terutamanya wanita diluar sana disarankan untuk lebih berhati-hati. Susan berharap bahawa tindakannya ini akan diambil sebagai pengajaran kepada wanita lain. Dia juga berharap bahawa kisahnya ini akan mengalakkan mangsa rogol di luar sana untuk tampil berkongsi dengan sesiapa bagi mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel mengenai serangan seksual:

You may be interested in: