"Patut Nikah Pada 4/4, Tapi..." - Gadis Luah Isi Hati Terpaksa Tangguh Majlis Ekoran PKP
"Of All The Things That Could Have Been" - Lisa Ameera.
Tidak dinafikan, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada setiap individu mahupun yang bujang, sudah berkahwin ataupun bakal berkahwin
Banyak perkara perlu dititikberatkan berkenaan soal ini. Mungkin sebelum perutusan daripada Perdana Menteri, Tun Muhyiddin Yassin dikeluarkan, sudah ramai individu yang telah membuat perancangan tersendiri.
Ada yang sudah membeli tiket untuk ke luar negara, pulang ke kampung halaman, mengambil cuti untuk yang tersayang, bertunang, menikah dan sebagainya. Namun disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang kini kian berleluasa, setiap orang terpaksa membatalkan atau menunda segala perancangan mereka.
Termasuklah pasangan bujang yang sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga sepanjang tempoh PKP ini.
Sebagai contoh, seperti perkongsian yang ditulis oleh @lisaameera di laman Instagram di mana dia meluahkan isi hati apabila tarikh perkahwinan terpaksa ditunda susulan isu pandemik Covid-19 ini
Perkongsian tersebut ditulis olehnya menerusi enam posting dengan caption yang menceritakan mengenai apa yang terbuku di hatinya.
Baca penuh di bawah:
Pasangan ini juga telah mereka corak dan menggabungkan kreativiti bersama untuk mengeluarkan kad jemputan yang bakal diedarkan
"Saya menggayakan busana pernikahan milik kakak saya, manakala dia menggayakan sut milik ayahnya..."
Pada mulanya dia menganggap masih ada 'cahaya' buat mereka meneruskan majlis pernikahan. Namun, susulan tempoh PKP dipanjangkan, dia sedar bahawa pernikahan ini perlu ditunda walaupun berat hatinya.
Dia merasa dirinya semakin kuat untuk menerima semua ini. Paling penting buat masa ini adalah keselamatan setiap orang.
"Of All The Things That Could Have Been..."
Dia turut berterima kasih kepada setiap individu yang muncul dengan melontarkan kata-kata semangat buat dirinya.
Semoga bakal pasangan pengantin ini kuat dalam menghadapi ujian yang diberikan olehNya. Amin.