seismik

"Finally!" - Sentiasa Ceria Ketika Dalam Wad, 7 Sekeluarga Kini Bebas Wabak Covid-19

Alhamdulillah

Cover image via Twitter @errikaaaaaaaa

Sebelum ini, media melaporkan bahawa tujuh sekeluarga telah disahkan positif wabak Covid-19

Image via mstar

Mereka merupakan keluarga kepada Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail.

Dr Samsu bersama isteri dan lima orang anak pada mulanya mendapat rawatan di Hospital Ipoh sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan selepas didapati positif wabak tersebut.

Kehidupan mereka sekeluarga di hospital telah mendapat perhatian serta respon positif dalam kalangan masyarakat selepas dilihat begitu kuat dan ceria sepanjang proses rawatan.

Ia bermula apabila anak sulung kepada Dr. Shamsu, Erika Syamim Samsu Ambia memuat naik perkembangan mereka di hospital menerusi laman Twitter.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Twitter Erika, gadis itu telah memuat naik video Tik Tok yang dibuat oleh mereka sekeluarga ketika di hospital

Dalam satu tweet beserta video Tik Tok yang dikongsikan olehnya pada 27 Mac lalu itu, gadis tersebut berkata meskipun telah disahkan positif wabak Covid-19, namun yang pasti mereka akan tetap melaluinya bersama-sama sebagai sebuah keluarga.

Katanya lagi, video Tik Tok tersebut juga dibuat untuk menghiburkan mereka di hospital.

Kini selepas beberapa hari dimasukkan ke dalam wad, gadis itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka sekeluarga telah disahkan bebas wabak Covid-19

Menerusi beberapa tweet yang dimuat naik oleh Erika bersama video dan juga sekeping gambar, gadis ini memaklumkan bahawa mereka kini telah dibenarkan keluar daripada hospital dan akhirnya bebas Covid-19.

Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga sepanjang mendepani wabak itu.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaru yang dibuat Ereka

Alhamdulillah dan syukur kami ucapkan.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE* Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: